friends

Follow by Email

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

April 11, 2009

Brownie & Cheese Cake



Bahan-bahan ( Acuan 9 inci )
**Bahan Brownie**
300gm dark chocolate
2/3 cawan gula
150gn butter
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan whiping cream
1 1/4 cawan sour cream (saya guna plain yogurt)
2 biji telur

**Bahan Cheese**
250gm cream cheese
1/3 cawan gula
1 biji telur

Cara-cara
Cairkan butter, chocolate & gula atas api sederhana.
Pukul telur..tak payah sampai kembang. kemudian masukkan kedalam adunan chocolate, kacau rata.
Masukkan pula tepung, whiping cream & sour cream. kacau sebati. Ketepikan sementara.
Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok eloknyer guna springform. Selang selikan antara brownie & cheese. (sebelah sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).
Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick@sudu@lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih2 sangat!!
Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius, selama 30 minit. Bila dah masak dia mmg lembik sikit..sejukkan sekejap. Kalau dah cool, nak masukkan dalam fridge pun boleh, baru senang nak potong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hidayahalim's Channel

Loading...