Sitegiant E-Commerce

friends

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

May 28, 2010

sekilas diet....

Jangan makan berlebihan walaupun jamuan terhidang menggoda jiwa.

Satu Kajian Telah Dilakukan di University of Switzerland menemukan bahawa teh hijau meningkatkan jumlah kalori yang dibakar oleh badan. Cubalah minum secawan setiap pagi.

BERI TUMPUAN PADA APA YANG ANDA MAKAN. JANGAN MAKAN SAMBIL MENONTON TV, MEMBACA, BELAJAR ATAU MENJAWAB EMAIL

Setiap Kali Ke Restoran, pesan makanan dengan sajian kanak-kanak (sajian kecil) atau salad sahaja tanpa hidangan utama. Jangan lupakan yogurt sebagai teman makan.

GOSOK GIGI DAN LIDAH dengan ubat gigi terbaik yang pernah anda rasakan. Gunakan ubat kumur selepas menggosok. Kebiasaannya, keinginan untuk mengunyah akan hilang selepas itu.

Periksa Kembali Sajian Makanan yang berada di hadapan anda. Anda tidak perlu menghabiskan semua yang diletakkan di atas pinggan.

Cubalah Mulakan Makan dengan pinggan yang kecil. Kebiasaan ini lambat laun akan menurunkan kalori dalam jangka panjang.

Jangan Letakkan Makanan Di Tepi Katil atau berdekatan anda ketika menonton TV. Letakkan di tempat yang jauh dan sukar dicapai.

Jangan terlalu Memaksa Diri. Memiliki tubuh idaman mamang menjadi idaman tetapi untuk mencapainya perlukan proses yang panjang.
BERSABARLAH!!

Kebanyakan Program Pelangsingan Yang Berjaya bukanlah semata-mata kerana anda berdiet tetapi lebih kepada perubahan tabiat pemakanan dan gaya hidup.

Kunyah Makanan Anda Perlahan-lahan, minum sedikit air dan kecilkan suapan. Ini akan membenarkan tubuh melambatkan proses menerima makanan.

Buangkan Rasa Bersalah jika anda tidak menghabiskan makanan yang ada di dalam pinggan (terutamanya apabila makan di restoran).

Sikap Menahan Diri Daripada Mengambil Makanan Tertentu (apatah lagi makanan kegemaran anda) semasa melakukan program diet akan menyebabkan anda terasa lebih 'teringin' untuk memakannya.

FIKIRKAN DAHULU APA YANG ANDA MAKAN dan mengapa anda mahu memakannya. Adakah kerana anda berasa lapar atau sekadar memenuhi KEHENDAK EMOSI.

May 10, 2010

Mulakan Hari Anda Dengan Sarapan Yang Berkhasiat

Ramai yang sedang berdiet telah mengabaikan sarapan pagi mereka..terutamanya saya..(。◕‿◕。)..bila kita abaikan sarapan pagi..alamatnya kita akan makan dengan banyak masa lunch..untuk mengelakkan berlakunya kerakusan time lunch (makan dalam kuantiti yang banyak) saya pun mula la sarapan pagi..kebanyakan orang termasuklah saya nie suka sangat sarapan mcm nasi lemak..mee goreng..roti canai ++ dengan air teh tarik ke milo ais ke..tapi adkah sarapan yang kte makan tu benar2 sihat?maksud saya dari segi protien..karbohidrat..etc..confirm la takkk kan?(●*∩_∩*●)...so bagaimana nak dapatkan sarapan yang sihat??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...