Sitegiant E-Commerce

friends

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

December 24, 2013

THE CUBAN DIET (DIET ORANG CUBA)

Assalamualaikum dan selamat pagi..pagi ini saya tertarik untuk share tentang isu kenaikan harga barang & penarikan semula subsidi daripada kerajaan. kita seharusnya mengambil isu ini dari sudut positif. Hope korang dapat fikir lebih positif lepas baca artikel ini.

The Cuban Diet
Posted on December 20, 2013
Kisah kejayaan secara besar-besaran
Kita biasa mendengar trend positif atau peningkatan kadar obesiti dari segi statistik di negara-negara maju dan negara membangun. Namun pernahkah kita mendengar trend yang negatif berkaitan obesiti sejak beberapa tahun ini? Atau lebih tepat transformasi penurunan berat badan secara bear-besaran, melibatkan seluruh negara? Mungkin jumlah negara yang terlibat adalah amat kecil, namun jangan anda terkejut jika saya sebutkan, memang ada negara di dunia yang mempunyai trend negatif atau penurunan kadar obesiti dari tahun ke tahun.
Untuk memahami apa yang saya perkatakan ini, ada baiknya jika saya menyingkap sebuah kajian kes yang berlaku di Cuba, sebuah negara diktator (single-party state) yang terletak di kepulauan Caribbean. Cuba adalah satu-satunya negara di dunia (mungkin) yang menyaksikan purata setiap rakyatnya mengalami penurunan berat badan sebanyak 5kg dalam tempoh 5 tahun.

Sebelum tahun 1990, atau lebih tepat sebelum jatuhnya empayar Soviet Union, Cuba tidak terlepas menjadi salah sebuah negara komunis yang membangun dari segi ekonomi. Berlandaskan prinsip sosialisma, kebanyakkan hasil dapatan dan bisnes pada ketika itu adalah dimiliki kerajaan namun kerajaan mereka sekali-kali tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat mereka yang bekerja keras untuk meningkatkan hasil perolehan negara. Ini membuatkan rakyat Cuba juga berkesempatan merasai ‘kemewahan’ hidup tetapi bezanya kemewahan ini dikongsi sama rata. Malah sebelum tahun 1990, negara Cuba juga tidak terlepas dari masalah obesiti, kencing manis dan kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease).
Dr. Che Guevara dan Fidel Castro,
2 ikon terpenting dalam sejarah revolusi Cuba.

Antara rakan dagangan terbesar Cuba ketika itu adalah empayar Soviet Union, sekutu mereka sendiri di bahagian Timur. Moscow juga membantu Cuba dari beberapa aspek seperti ‘melindungi’ pasaran yang melibatkan eksport dari Cuba.

Walaubagaimanapun, selepas jatuhnya empayar Soviet Union dalam tahun 1991 (circa), lanskap ekonomi dan struktur sosial di Cuba berubah. Cuba sudah hilang sekutu terkuat, mereka hilang tempat bergantung! Keadaan menjadi semakin sulit apabila pada tahun yang sama, ekonomi dunia melalui krisis kelembapan yang teruk (krisis perbankan di Sweden dan Finland, krisis simpanan dan pinjaman di Amerika Syarikat, ‘price bubble’ aset di Jepun).

Penarikan beberapa subsidi seperti subsidi bahan api dan beberapa makanan asas membuatkan rakyat Cuba mengenal apa yang dimaksudkan dengan ‘kesusahan’. Hal ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan Cuba memandangkan bekalan makanan dan minyak di negara mereka tidak mencukupi untuk menampung rakyat keseluruhan.

Makanan terpaksa dicatu (per keluarga) dan tidak boleh dibazirkan sewenang-wenangnya. Traktor dan mesin-mesin di ladang tidak dapat berfungsi kerana kekurangan bekalan bahan api, sekaligus memberi kesan kepada kelembapan pengeluaran makanan. Jalan raya menjadi lengang dari kenderaan memandangkan bekalan petrol sudah kehabisan di stesen-stesen minyak.

Sebagai alternatif, kerajaan Cuba mengeluarkan lebih banyak basikal sebagai mode pengangkutan utama rakyatnya, tidak kira sama ada digunakan untuk bergerak dalam bandar, atau antara bandar. Dilaporkan bahawa kerajaan Cuba telah mengeluarkan sebanyak kira-kira 1 juta unit basikal dalam tempoh yang singkat semata-mata untuk memastikan setiap seorang rakyatnya memiliki sekurang-kurangnya 1 basikal.

Situasi ‘kesempitan hidup’ ini berlanjutan sehinggalah pada tahun 1995. Dalam tempoh 5 tahun ini, rakyat Cuba mengambil kurang kalori berbanding kalori yang mereka gunakan setiap hari, membuatkan rakyat mereka secara purata mengalami penurunan berat badan sebanyak 5kg dalam tempoh 5 tahun (purata defisit kalori sebanyak -50 kcal secara KONSISTEN sehari).

Sudah menjadi lumrah manusia, pada awalnya mereka mengeluh, namun tiada apa yang boleh dilakukan dan mereka akur, namun lama kelamaan, mereka seakan-akan ‘terbiasa’ dengan apa yang mereka lalui, dengan ‘lifestyle‘ baru mereka yang terbit disebabkan oleh krisis ekonomi.

Hasil daripada perubahan gaya hidup ini juga, rakyat mereka bukan sahaja mengalami penurunan berat badan, sebaliknya statistik kencing manis dan kematian disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit juga turun secara mendadak. Kisah kejayaan secara besar-besaran ini telah berjaya dirakamkan oleh beberapa jurnal dan terbaru, sekumpulan penyelidik dari Sepanyol, Amerika Syarikat dan Cuba, dalam British Medical Journal (awal tahun ini).

Graf menunjukkan purata pengambilan kalori rakyat Cuba, yang mana meningkat dari 1970-an ke 1980-an (selari dengan perkembangan ekonomi) namun telah menurun bermula dari tahun 1990 (circa) kerana krisis ekonomi.


Daripada kisah ini, beberapa kesimpulan dapat dibuat:
1) Kita biasa mendengar trend obesiti dalam satu-satu negara meningkat dari tahun ke tahun, selari dengan penarafan keselesaan gaya hidup manusia yang banyak menghabiskan masa di hadapan komputer, telefon pintar, facebook, disamping bercambahnya restoran-restoran makanan segera dan banyak bergantung dengan ‘mesin’ untuk bergerak.
Namun apa yang dilalui oleh rakyat Cuba dari tahun 1990-1995 adalah songsang dengan pembolehubah ini, seterusnya menjurus kepada keputusan yang songsang (reversal effect on obesity, the outcomes).
2) Dua faktor utama yang membantu dalam ‘eksperimen’ ini adalah pertama, krisis ekonomi, kedua, Cuba adalah sebuah negara diktator yang membuatkan apa sahaja polisi yang dicadangkan pemerintah mudah untuk dilaksanakan tanpa kekangan pihak ketiga – pembangkang.
3) Cabaran utama dalam menangani obesiti pada hari ini adalah untuk mencipta satu formula, program atau sistem yang mampu mencegah kecenderungan rakyat dalam memilih makanan yang tidak bagus dari segi komposisi nutrien dan kurangnya aktiviti fizikal di kalangan rakyat.
4) Kesan daripada apa yang berlaku, sehingga ke hari ini terdapat sebilangan rakyat Cuba yang masih mengamalkan apa yang mereka lalui ketika tempoh kesusahan 5 tahun tersebut.
5) Namun dalam masa yang sama, kerajaan dan penyelidik di sana terus berusaha mencari formula-formula baru agar “mimpi ngeri” obesiti dan peningkatan kematian yang disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit tidak kembali bertapak (indikator terbaru menunjukkan ada tanda-tanda pemulihan/peningkatan kembali berat badan selari dengan pemulihan ekonomi – perkembangan yang agak bahaya jika tidak dicegah dari sekarang – rujuk rujukan [1] di bawah).

Syabas Cuba!


Sumber:
1) “Is Obesity a Health Problem in Cuba?” - Arturo Rodríguez-Ojea Menéndez and Santa Jiménez Acosta. Akses link jurnal di sini.
2) “The nutrition transition in Cuba in the nineties: an overview” - Arturo Rodríguez-Ojea et al. Akses link jurnal di sini.
3) “The Cuban Diet: eat less, exercise more” – Jeremy Laurence. Akses link di sini.
 COPY: SUSU SEJAT!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...