friends

Follow by Email

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

March 21, 2017

"Tak payah la nak berTTC kalau Allah nak beri anak bila-bila Dia boleh beri. "

"Tak payah la nak berTTC kalau Allah nak beri anak bila-bila Dia boleh beri. "

Kita tahu lebih baik berserah kepada Allah perihal anak ni, tapi awak kena tahu yang kita tak boleh berserah sahaja tanpa berusaha terlebih dahulu. BerTTC tu sebahagian dari usaha juga tau?

Jika awak dah ada anak jagalah dia sebaik-baiknya. Tak usahlah asyik mempertikai perbuatan orang tetapi dalam masa yang sama awak tidak memperbaiki cara awak melayan anak & suami. Jauhkanlah handphone tu, tumpukan pada anak lebih baik dari menyakiti hati orang lain dengan kata-kata awak.

Kita tetap akan terus berTTC. Insyaallah doakan kita ye?

http://cikpuanhidayah.blogspot.my

Singgah hiasshoppe ye? Ada banyak jubah baru murah-murah yang kita sudah upload.

Kat hiasshoppe2 pula ada jual #chiaseeds & #kopipakbelalang. Soon kita nk buka tempahan cookies & mini brownies pula!

Terima kasih. xoxo

December 15, 2015

TIPS BERGUNA BAGI IBU BEKERJA


Mummy bekerja bukanlah ada banyak masa sangat nak uruskan semua perkara. Tapi, kita kan supermom, boleh multitasking kan...dan sediakan semuanya in advance.
Jom tengok tips2 ini...moga bermanfaat kepada mummy bekerja.
p/s: mummy suri rumah pun blh gunakan juga tips-tips ini











Coach  Turnlock Tie Rucksack In Refined Pebble Leather





















grin emoticon

February 12, 2015

DUGAAN KECIL TUHAN..OVARIAN CYST

DUGAAN TUHAN..OVARIAN CYST
0055 12 Feb 2015 (Tmn Senaling Kuala Pilah)


Assalamualaikum pembuka bicara..selamat tahun baru dayah ucapkan...hope tak terlambat ucapkan.. J

Okay dah baca tajuk kan? Mesti nak tau ceritanya pula..macam ni ceritanya (sorry kalau ringkas @ detail sangat)

14 Jan ’15 Rabu (genap 4mth nikah)
Balik Pilah macam biasa sbb abg cuti hari Khamis soo abg habis je keje kita terus gerak balik kampung.

15 Jan ’15 Khamis
Setelah sekian lama ibu ayah mak n semua pujuk akhirnya setuju ikut mak g cek perut yang dah macam org nak bersalin tu kat KK Pilah. Dr cek semua tekanan darah normal..buat UPT negative. Dr pegang perut ckp mcm org mengandung pun ada.. Lepas tu terkedek2 ikut Dr yg sangat baik hati n sangat chomel tu g buat ultra sound (huhu nak cerita @ explain mcm susah je takpe bile dyh ingat dyh cite ye?). Then masuk bilik Dr semula Dr buat call ke Pakar 5 HTAN untuk urgent appointment & Alhamdulillah dapat tarikh keesokkan harinya.

­16 Jan ’15 Jumaat
Pakar 5 HTAN kat situ Dr buat papsmear..ultrasound again..n setelah mereka (Dr pakar) bincang..dyh kne tahan kat wad utk dptkn beberapa sampel etc.. Then masuklah kita dlm wad 6 dengan terpinga2.. Tghari tu abg balik rumah mak kejap rehat setelah hamper setengah hari dia dgn mak teman kita kat pakar 5 tadi.. then masa kita dlm wad tu mereka start la Tanya semua.. jawapannya Period normal ikut tututan.. perut tak penah sakit n apa lagi dah lupa.. lepas tu (petang) pi lagi skali turun ke pakar 5 buat upt (yg sememangnya negative) n ultrasound lg kali ni semua berkerumun nk dgr penjelasan Dr pakar (lagi skali kita tak pandai nk cerita apa yg mereka cerita). Balik kejap kat wad nurse plak bawak g xray. Balik tu adala Dr cerita berkemungkinan dekat kilang telur sebelah kiri ada ketumbuhan tapi mereka tak dapat pastikan ia canser ataupun tidak so solution dia dr suruh pi CT Scan kat HTJ (opss pagi tadi pun dr ada ckp kne pi sana buat CT Scan n dah buat urgent appointment lagi skali..hari Isnin).  Okay lepas dr ckp serba sikit kat abg.. kita pun discharge. Ha sblm discharge tu dr kasi garam suruh minum kata kita tak cukup garam n kne buat ujian darah susulan kat mana2 KK 19 hb aka hari isnin.

Sabtu ahad duk ngn mak ayah sbb abg dah balik bangi lepas anta kita kat rumah mak (lepas discharge) abg kne kje.

19 Jan ’15 Isnin
HTJ buat CT Scan..mak teman.. Before kne scan kita kne minum 4 gelas air (nasib baik rasa dia sedap) n kne masukkan cecair berwarna dlm badan. Lepas tu sementara tunggu giliran merana sket la sbb cecair + air tu buat perut memulas.. nasib nurse baik2 n ckp tahan...sabar..selesai je scan..terus ke toilet terus keluar balik cecair2 tadi tu..dlm perjalanan nk g rumah cik ros anta muruku tu sempat lagi mintak mak singgah petrol pump nk membuang..nasib baik kat petron tu toilet dia bersih.. Alhamdulillah..
Selesai kat seremban terus g KK Pilah buat ujian darah..agaknya dr tgk muka dah penat sgt dr suruh dtg esknya amik keputusan darah.

20 Jan ’15 Selasa Amik keputusan darah kat KK Pilah..Garam normal
Selasa rabu khamis berjalan spt biasa mkn minum mcm biasa. Rabu tu abg balik pilah balik almaklum isteri tercinta ada kat sinikan?
Nak dijadikan cerita entah kenapa hari jumaat 23 Jan ’15 tu rasa penat sangat. Lepas je tolong abg masak kita masuk bilik baring..then masa nak gerak kiri kanan tu perut dah lain macam je.. bangun je tido (tido2 ayam) nk turun la dari kati ke toilet.. uhhh masa tu start kejang kat perut.. kita gagahkan juga badan masuk toilet utk buang air kecil.. keluar je toilet perut dah tak boleh tahan.. terus minta abg bawa g emergency sbb masa discharge tu dr kasi dokumen + kad biodata pesakit & kalau tetiba rasa sakit dr ckp terus pi emergency (masa tu jam lebih kurang6.30ptg yg sepatutnya kami dah nak balik bangi masa tu). Cek punya cek kat emergency dengan nanges2nya yela sakit sangatkan? Huhh dr cucuk ubt tahan sakit n lepas dr call wad 6 tanya pasal kes kita.. lepas tu lebih kurang jam 12tgh mlm dr kata kita kne tahan kat wad jugak.

23 Jan ’15 Jumaat masuk wad 6 semula..jumpa nurse yg sama..dr yg sama Cuma katil berlainan n kali ni masuk dlm keadaan perut sakit. Esknya abg kne jugak balik bangi..keje...kesian abg kne ulang alik. Ok bermulalah cerita 12 hari kat hosp.

24 Jan ’15 Sabtu dr ckp ada try call nak ckp pasal keputusan CT Scan..mungkin kita tak perasan dia call time tu..takpela dr ckp keputusannya ketumbuhan tu size dia 18x28 cm sebelah kiri n 2 @ 3 cm belah kanan n Dr (senior) sekali lagi minta Dr (lain junior mybe) dapatkan jadual oeration yg urgent dari pakar 5 n buat keputusan muktamad nk bedah hari RABU 28 Jan ’15. Masa tu kita dah tawakal & berserah pada tuhan.. mustahil tak nangis masa 1st time dr cakap kita mungkin kne buang dua2 belah kilang telur sbb dua2 ada ketumbuhan tu.  :’(  
25 Jan ’15 Ahad. Abg amik cuti sampai rabu. Abg kne ada hari ni sbb dr nk sahkan hari bedah ada dokumen abg kne sign. sblm dr cite kat abg kita dah nangis dah cite kat abg yela berkemungkinan besar kalau buang dua2 kilang telur kita tak boleh ada baby.. :’( abg cool je tenangkan kita.

25-27 Jan ’15 Abg mak ayah ibu semua berulang jenguk kita. Dr ada banyak kali dating..biasala rutin mereka..n paling menggembirakan bila dr pakar dtg n ckp masa bedah nanti kita Cuma buang sebelah je kilang telur (belah kiri)..yg belah kanan dr ckp Cuma buang ketumbuhan tu bersih n jahit semula kilang telur tu.  Jumpa pakar bius n buat pilihan utk pakai ubat tahan sakit yg automatic tu. Kita lupa bila tarikh start period yg pasti tarikh yg sama pi buat 1st  xray utk yg kali ni. Rasanya lepas je period rasa sakit kat perut tu dah kurang.

28 Jan ’15 Rabu mlm tadi dah kne puasa..sblm tu nurse dah kasi ubat cuci usus (keluarkan semua dlm usus masa membuang pagi esknya).. Pagi tu lepas membuang n bersiap pakai baju OT kita duk bertenang je sementara tunggu mereka tolak kita ke dewan OT abg yg ada teman kita pagi tu pun ckp ngn kita kita senyum je.. masa nurse tolak kita ke dewan OT abg ikut kita tup2 sampai satu tiang dia hilang  dah..rupanya dia ckp dia nanges kejap masa tu..aduhh abg... :’( baru abg feeling nak nangis abg kne panggil masuk utk sahkan dokumen yg abg dah sign tu.

Bersambung... 0233 12 Feb ‘15


p/s: KK ~ Klinik Kesihatan
HTAN ~ Hosp Tuanku Ampuan Najihah (Pilah)
HTJ ~ Hosp Tuanku Jaafar (Sbn)
Ibu ~ Ibu kandung
Mak ~ Mak mertua
Abg ~ Mr Perfect aka Husb


June 5, 2014

Formula Sedekah

Formula Sedekah


Assalamualaikum...

Alhamdulillah,tidak lama lagi kita akan bertemu semula dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia yang di dalamnya terdapat begitu banyak kelebihan dan manfaat.

Kepada pembaca blog ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa, selamat beramal dan selamat mengumpul banyak pahala untuk bekalan kita di akhirat kelak. Insyaallah.

Baiklah untuk bulan Ramadhan yang akan tiba ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang ilmu yang saya pelajari dari guru saya tentang bersedekah.


Saya fikir, semua orang pun sudah tahu, sedekah itu adalah satu amalan yang akan boleh menambahkan rezeki. Lebih banyak kita bersedekah, lebih banyak rezeki yang akan kita perolehi.

Allah telah berjanji di dalam surah Al-Hadiid, ayat 17 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

Tetapi, saya pernah membaca cerita mengenai aduan dari seorang yang sudah banyak bersedekah, sudah macam-macam derma beliau keluarkan...tetapi rezekinya tetap macam tu juga..semacam masih tidak mencukupi.

Pada masa itu, penulis hanya diam dan tidak mampu untuk memberikan apa-apa nasihat ataupun jawapan balas, kerana beliau tidak mengetahui tentang keadaan sebenar pengadu. Jadi apa yang penulis dapat katakan kepada pengadu pada waktu itu adalah, ‘’bersabarlah..insyaallah ada rezeki untuk tuan nanti’’..

Selepas itu, persoalan tersebut terus bermain di fikiran saya..bagaimana orang yang sudah banyak bersedekah tetapi rezekinya masih lagi tidak berganda-ganda?

Sedangkan Allah sudah berjanji di dalam Al-Quran.. sesiapa yang memberikan pinjaman kepada Allah (sedekah), maka Allah akan balas dengan berganda-ganda banyaknya.

Akhirnya, saya bertanya kepada guru saya dan beliau memberikan jawapan..


Rupa-rupanya di dalam bersedekah, ianya ada ‘’formula’’. Bukan main hentam keromo sahaja.

Kata guru saya.. ‘’Mereka yang sudah bersedekah, tetapi merasakan rezekinya masih tidak bertambah-tambah dan masih tidak mencukupi..hakikat sebenarnya mereka itu masih belum mencukupi.’’

Ramai orang yang bersedekah dengan sedikit, hanya sekitar 2.5% sahaja (berdasarkan kiraan nilaian zakat) dari apa yang diperolehi. Bersedrkah sebanyak 2.5% itu cukup sekiranya, ianya disertakan dengan amalan lain seperti solat dhuha, zikir, solat tahajjud, solat hajat, solat taubat dan sebagainya.

Tetapi, banyak orang tidak melakukan amalan-amalan itu..malah kebanyakannya, hanya bersedekah RM1 atau RM5 sahaja di tabung masjid, seminggu sekali ketika solat jumaat..kemudian mengharapkan balasan berpuluh-puluh ribu dari Allah.

Jadi, tidak hairanlah jika, walaupun mereka merasakan mereka sudah banyak bersedekah, tetapi rezekinya masih tidak bertambah-tambah dan tidak mencukupi.

Sebenarnya ada formula yang perlu diketahui apabila kita mahu bersedekah.

Didalam formula sedekah, Setiap 1 sedekah, akan dibalas dengan 10 ganda balasan. Insyaallah.

Sekarang, mari kita cuba buat kira-kira menggunakan formula tersebut.

Katakan, gaji Aizat (bukan nama sebenar) ialah RM3,000.00 sebulan, tetapi disebabkan perbelanjaan kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini, maka Aizat sentiasa berharap mendapat pendapatan sebanyak RM5,000.00 sebulan.

Aizat percaya bahawa sedekah boleh menambahkan rezeki. Maka pada setiap hari Jumaat, beliau akan bersedekah sebanyak RM10 ke dalam tabung masjid.

Sekarang mari kita buat kira-kira..

Derma RM10 seminggu, maka, sebulan, Aizat menderma RM40.
Janji Allah.. 1 dibalas 10..
Oleh itu Aizat akan mendapat balasan =RM40x10=RM400..

Maka jumlah keseluruhan pendapatan Aizat ialah RM3,000(gaji) – RM40(sedekah) + RM400(balasan Allah) =RM3360.

Hanya RM3360 sebulan..sudah tentulah, Aizat merasakan pendapatanyya masih tidak mencukupi walaupun beliau sudah bersedekah.

Sekarang, andaikan, Aizat menaikkan jumlah sedekahnya kepada RM100 seminggu. Berapakah pendapatan yang bakal beliau perolehi?

RM3000(gaji) – RM400(sedekah) + RM4000(balasan Allah) = RM6600

Nah! Sekarang barulah cukup.. malah melebihi dari targetnya untuk mendapatkan pendapatan RM5000 sebulan.

Ajaib bukan?

Adakah anda percaya? Atau tidak percaya? Saya tinggalkan persoalan itu kepada anda untuk tanyakan ke dalam diri anda..

Persoalan yang lebih besar..adakah anda yakin dengan janji Allah? Dan adakah anda berani untuk melakukannya?

Selepas ini, cubalah tingkatkan jumlah sedekah anda..seelok-eloknya, lebih 10% dari pendapatan bulanan anda.

Ayuh kawan-kawan..sekarang anda tahu formula di dalam sedekah dan yakinlah janji Allah dan amalkanlah Insyaallah, anda akan dapat alami sendiri keajaibannya.. wallahu ‘alam

Olahan dari : Shuth

Wassalam
Hidayahalim
05 June 2014

December 24, 2013

THE CUBAN DIET (DIET ORANG CUBA)

Assalamualaikum dan selamat pagi..pagi ini saya tertarik untuk share tentang isu kenaikan harga barang & penarikan semula subsidi daripada kerajaan. kita seharusnya mengambil isu ini dari sudut positif. Hope korang dapat fikir lebih positif lepas baca artikel ini.

The Cuban Diet
Posted on December 20, 2013
Kisah kejayaan secara besar-besaran
Kita biasa mendengar trend positif atau peningkatan kadar obesiti dari segi statistik di negara-negara maju dan negara membangun. Namun pernahkah kita mendengar trend yang negatif berkaitan obesiti sejak beberapa tahun ini? Atau lebih tepat transformasi penurunan berat badan secara bear-besaran, melibatkan seluruh negara? Mungkin jumlah negara yang terlibat adalah amat kecil, namun jangan anda terkejut jika saya sebutkan, memang ada negara di dunia yang mempunyai trend negatif atau penurunan kadar obesiti dari tahun ke tahun.
Untuk memahami apa yang saya perkatakan ini, ada baiknya jika saya menyingkap sebuah kajian kes yang berlaku di Cuba, sebuah negara diktator (single-party state) yang terletak di kepulauan Caribbean. Cuba adalah satu-satunya negara di dunia (mungkin) yang menyaksikan purata setiap rakyatnya mengalami penurunan berat badan sebanyak 5kg dalam tempoh 5 tahun.

Sebelum tahun 1990, atau lebih tepat sebelum jatuhnya empayar Soviet Union, Cuba tidak terlepas menjadi salah sebuah negara komunis yang membangun dari segi ekonomi. Berlandaskan prinsip sosialisma, kebanyakkan hasil dapatan dan bisnes pada ketika itu adalah dimiliki kerajaan namun kerajaan mereka sekali-kali tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat mereka yang bekerja keras untuk meningkatkan hasil perolehan negara. Ini membuatkan rakyat Cuba juga berkesempatan merasai ‘kemewahan’ hidup tetapi bezanya kemewahan ini dikongsi sama rata. Malah sebelum tahun 1990, negara Cuba juga tidak terlepas dari masalah obesiti, kencing manis dan kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease).
Dr. Che Guevara dan Fidel Castro,
2 ikon terpenting dalam sejarah revolusi Cuba.

Antara rakan dagangan terbesar Cuba ketika itu adalah empayar Soviet Union, sekutu mereka sendiri di bahagian Timur. Moscow juga membantu Cuba dari beberapa aspek seperti ‘melindungi’ pasaran yang melibatkan eksport dari Cuba.

Walaubagaimanapun, selepas jatuhnya empayar Soviet Union dalam tahun 1991 (circa), lanskap ekonomi dan struktur sosial di Cuba berubah. Cuba sudah hilang sekutu terkuat, mereka hilang tempat bergantung! Keadaan menjadi semakin sulit apabila pada tahun yang sama, ekonomi dunia melalui krisis kelembapan yang teruk (krisis perbankan di Sweden dan Finland, krisis simpanan dan pinjaman di Amerika Syarikat, ‘price bubble’ aset di Jepun).

Penarikan beberapa subsidi seperti subsidi bahan api dan beberapa makanan asas membuatkan rakyat Cuba mengenal apa yang dimaksudkan dengan ‘kesusahan’. Hal ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan Cuba memandangkan bekalan makanan dan minyak di negara mereka tidak mencukupi untuk menampung rakyat keseluruhan.

Makanan terpaksa dicatu (per keluarga) dan tidak boleh dibazirkan sewenang-wenangnya. Traktor dan mesin-mesin di ladang tidak dapat berfungsi kerana kekurangan bekalan bahan api, sekaligus memberi kesan kepada kelembapan pengeluaran makanan. Jalan raya menjadi lengang dari kenderaan memandangkan bekalan petrol sudah kehabisan di stesen-stesen minyak.

Sebagai alternatif, kerajaan Cuba mengeluarkan lebih banyak basikal sebagai mode pengangkutan utama rakyatnya, tidak kira sama ada digunakan untuk bergerak dalam bandar, atau antara bandar. Dilaporkan bahawa kerajaan Cuba telah mengeluarkan sebanyak kira-kira 1 juta unit basikal dalam tempoh yang singkat semata-mata untuk memastikan setiap seorang rakyatnya memiliki sekurang-kurangnya 1 basikal.

Situasi ‘kesempitan hidup’ ini berlanjutan sehinggalah pada tahun 1995. Dalam tempoh 5 tahun ini, rakyat Cuba mengambil kurang kalori berbanding kalori yang mereka gunakan setiap hari, membuatkan rakyat mereka secara purata mengalami penurunan berat badan sebanyak 5kg dalam tempoh 5 tahun (purata defisit kalori sebanyak -50 kcal secara KONSISTEN sehari).

Sudah menjadi lumrah manusia, pada awalnya mereka mengeluh, namun tiada apa yang boleh dilakukan dan mereka akur, namun lama kelamaan, mereka seakan-akan ‘terbiasa’ dengan apa yang mereka lalui, dengan ‘lifestyle‘ baru mereka yang terbit disebabkan oleh krisis ekonomi.

Hasil daripada perubahan gaya hidup ini juga, rakyat mereka bukan sahaja mengalami penurunan berat badan, sebaliknya statistik kencing manis dan kematian disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit juga turun secara mendadak. Kisah kejayaan secara besar-besaran ini telah berjaya dirakamkan oleh beberapa jurnal dan terbaru, sekumpulan penyelidik dari Sepanyol, Amerika Syarikat dan Cuba, dalam British Medical Journal (awal tahun ini).

Graf menunjukkan purata pengambilan kalori rakyat Cuba, yang mana meningkat dari 1970-an ke 1980-an (selari dengan perkembangan ekonomi) namun telah menurun bermula dari tahun 1990 (circa) kerana krisis ekonomi.


Daripada kisah ini, beberapa kesimpulan dapat dibuat:
1) Kita biasa mendengar trend obesiti dalam satu-satu negara meningkat dari tahun ke tahun, selari dengan penarafan keselesaan gaya hidup manusia yang banyak menghabiskan masa di hadapan komputer, telefon pintar, facebook, disamping bercambahnya restoran-restoran makanan segera dan banyak bergantung dengan ‘mesin’ untuk bergerak.
Namun apa yang dilalui oleh rakyat Cuba dari tahun 1990-1995 adalah songsang dengan pembolehubah ini, seterusnya menjurus kepada keputusan yang songsang (reversal effect on obesity, the outcomes).
2) Dua faktor utama yang membantu dalam ‘eksperimen’ ini adalah pertama, krisis ekonomi, kedua, Cuba adalah sebuah negara diktator yang membuatkan apa sahaja polisi yang dicadangkan pemerintah mudah untuk dilaksanakan tanpa kekangan pihak ketiga – pembangkang.
3) Cabaran utama dalam menangani obesiti pada hari ini adalah untuk mencipta satu formula, program atau sistem yang mampu mencegah kecenderungan rakyat dalam memilih makanan yang tidak bagus dari segi komposisi nutrien dan kurangnya aktiviti fizikal di kalangan rakyat.
4) Kesan daripada apa yang berlaku, sehingga ke hari ini terdapat sebilangan rakyat Cuba yang masih mengamalkan apa yang mereka lalui ketika tempoh kesusahan 5 tahun tersebut.
5) Namun dalam masa yang sama, kerajaan dan penyelidik di sana terus berusaha mencari formula-formula baru agar “mimpi ngeri” obesiti dan peningkatan kematian yang disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit tidak kembali bertapak (indikator terbaru menunjukkan ada tanda-tanda pemulihan/peningkatan kembali berat badan selari dengan pemulihan ekonomi – perkembangan yang agak bahaya jika tidak dicegah dari sekarang – rujuk rujukan [1] di bawah).

Syabas Cuba!


Sumber:
1) “Is Obesity a Health Problem in Cuba?” - Arturo Rodríguez-Ojea Menéndez and Santa Jiménez Acosta. Akses link jurnal di sini.
2) “The nutrition transition in Cuba in the nineties: an overview” - Arturo Rodríguez-Ojea et al. Akses link jurnal di sini.
3) “The Cuban Diet: eat less, exercise more” – Jeremy Laurence. Akses link di sini.
 COPY: SUSU SEJAT!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hidayahalim's Channel

Loading...