Sitegiant E-Commerce

friends

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

December 15, 2012

Aktiviti Hari Sabtu

wahh hari ni tak tau nak buat apa..so apa lagi..meroti la kita..hehe
tapi hari ni buat pau pedas je..
rasa dia? mesti la mantop! gebu gitu..
macam biasa la..nak fully utilize kan penggunaan breadmaker..
pau saya buat..sambal ibu yg buat..


acane? sedap tak? so apa lagii jom buat! senang je...
ikut resipi ni Resipi Pau Pedas Si Chantek Manis (hehe chantek ke?)
air tangan sendiri lagi sedap sebenarnya.. ;)

December 2, 2012

Zaiton Ceritaku

hari ahad ni..tak tau nak buat apa..so..jom layan movie Zaiton Ceritaku..semalam dayah dah tengok movie Istanbul Aku Datang huhu sedey cite tu...berbalik kpd movie Zaiton Ceritaku.. dayah nak sangat tengok movie ni.. nak sangat tau cerita pasal Zaiton Sameon.. bila dah ada link utk tonton online..apa lagi cepat2 la dayah tengok... korang nak tengok jugak? nanti dayah bagi link ye?


Sinopsis Zaiton Ceritaku

Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya. Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan. Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon. Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya. Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian.

Pengarah : Esma Daniel
Syarikat Penerbit : Bruang Filem Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 01 Nov 2012
Durasi : 90 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Hjh. Ainon Ariff (Cerita Asal)
Esma Daniel (Lakon layar)
Lakonan:
Nadia AqilahZaiton Sameon (Pelakon Utama)
Shahronizam NoorRahim (Pelakon Utama)
Karl Shafek IbrahimShamsul (Pelakon Pembantu)
Norlia GhaniEmak Zaiton (Pelakon Pembantu)
FazlinaKakak Zaiton (Pelakon Pembantu)
Arash MohdAbang Ipar Zaiton (Pelakon Pembantu)
Riezman KhuzaimiBaharom (Pelakon Pembantu)
Siti Rokhaida: Anita (Pelakon Pembantu)
Megat TerawisAyah Zaiton (Pelakon Pembantu)
Eva EmmanynaIndah (Pelakon Pembantu)
Wan MaimunahEmak Rahim (Pelakon Pembantu)
Maya MatahariSaodah (Pelakon Pembantu)
Eddie HamidEddie Hamid (Pelakon Pembantu)
Manan SulaimanPelabur 1 (Pelakon Pembantu)
Ben KanobiePenjual durian (Pelakon Pembantu)

Tonton Online Klik
Download Klik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...