Sitegiant E-Commerce

friends

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

June 20, 2013

Mengapa Poket Bocor?

Sufi merasakan dirinya dalam kategori penjimat. Apa yang dibelinya dirancang dengan rapi. Jarang sekali Sufi membeli yang tidak tidak. Kalau ada pun sudah tentu untuk ibu-ayah dan adik-adiknya yang bertiga di kampung itu.



Apapun Sufi hairan, begitupun beliau sering rasa tidak cukup, dan yang paling mengharukan mengapa simpanannya masih di takuk sama.
Bayangkan tuan-puan itu yang terjadi kepada Sufi. Bagaimana pula dengan Kamal, Amir, Azlan dan Masyitah rakan-rakan sepejabatnya yang jelas agak pemboros.
Yang jelas, mereka ada situasi yang sama, sering rasa tidak cukup malah tahap simpanan peribadi ’ke laut!’
Jawapannya masih sama untuk kedua-dua situasi berkenaan, wang mereka bocor!
Jika mahu disenaraikan semua ’mengapa bocor’, maka boleh lengkap penulisan sebuah buku. Maka di ruangan saya kali ini, dikongsikan empat sebab ‘mengapa bocor’!

#1 – Tidak BersyukurInilah asbab utama rasa ketidakcukupan itu berlaku! Walaupun bukan perkara baru diketahui hari ini, ia memang jarang diamalkan dan diabaikan. Antaranya berapa ramai yang sujud syukur pada hari gaji?Elok juga kita pasakkan di minda kita dan disemat di sanubari firman Allah swt ini :”Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku lagi kepadamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”. Surah Ibrahim 14:7.Dapatlah kita ambil peduli di sini, mengapa kewangan kita sering bocor ialah kerana ia tidak bertambah. Mengapa tidak bertambah? Sebab ia tidak disyukuri.Menjadi persoalan juga, bagaimana cara bersyukur? Betul, tidak cukup dengan bersujud syukur sahaja. Seperti kisah Adha dalam rencana sebelum ini, wang pendapatan ialah amanah! Setiap satunya nanti akan dipersoal semula ke mana dan bila dibelanjakannya.Selain dari bersedekah, berbelanja kepada ilmu dan sebagainya, satu cara paling berkesan untuk bersyukur ialah dengan tidak membazir. Maka berkira-kiralah dengan jari tuan-puan sekarang, apakah ada pembaziran berlaku selama ini? Jika ada, berkatalah di dalam hati ”Patutlah bocor!”.#2 – Bekas yang KecilDi dapur tuan-puan pasti ada sebarang bekas bukan? Ambil sebuah bekas tersebut, tuan-puan tuangkanlah air perlahan-lahan sehingga penuh melimpah. Maka basahlah sekitar bekas itu bukan?



Itulah perumpaan untuk asbab kedua bocornya wang. Bekas ialah minda. Air adalah wang. Air yang melimpah itu adalah wang yang bocor. Minda yang sempit ibarat bekas yang kecil. Ia tidak boleh menampung wang yang banyak kerana ia sempit.
Bagi tuan-puan yang pernah menghadiri seminar ataupun workshop saya, pasti tuan-puan ingat bagaimana saya menekankan 10% dari perbelanjaan bulanan tuan-puan ialah untuk perbelanjaan ilmu dan meningkatkan diri.
Ia ibarat membesarkan bekas. InsyaAllah selepas ini bila dituangkan air ianya elok bertakung kerana dek besarnya bekas.
Ada 1001 teknik kewangan, teknik menyimpan, teknik melabur dan pelbagai lagi teknik berkaitan kewangan yang boleh dipelajari dan dicuba-suai. Bacalah dan hadirlah ke mana-mana pun kelas dan seminar, insyaAllah ‘bekas’ tuan-puan akan semakin besar.
Jika tuan-puan mengakui yang ‘bekas’ kepunyaan tuan-puan adalah kecil, maka berkatalah di dalam hati ”Patutlah bocor!”.
#3 - Nawaitu yang Kabur

Inilah penyakit utama masyarakat. Semakin tinggi teknologi, semakin tinggi pula angan-angan. Tidak bermakna salah berangan-angan, tetapi jika asyik berangan, jadilah buah berangan.



Mana tidaknya, nampak kelibat BMW angannya ke BMW, nampak pula Audi angannya ke Audi pula. Itu belum lagi berangan nak berkahwin ala-ala Prince William.
Nawaitu ataupun niat menyebabkan tenaga dan penumpuan dipusatkan. Elemen pengurusan kewangan bermula dengan menuliskan angan-angan kepada matlamat.
Contohnya tertulis di atas kertas, ’Saya Sufi Bt Ikrima, ingin mempunyai simpanan peribadi sebanyak RM5,000 pada Disember 2011 ini.” Maka jelaslah nawaitu, tenaga mula tertumpu ke situ.
Jika tidak ia akan mula tertumpu ke Jusco ataupun Sogo pada bulan-bulan tertentu.
Jika tuan-puan tersedar yang nawaitu tuan-puan adalah kabur, maka berkatalah dalam hati ”Patutlah bocor!”.
#4 – Selesa

Guru saya ada mengingatkan “comfort kills” ataupun ”keselesaan membunuh”.  Selesa membunuh tenaga, membunuh idea, membunuh peluang, membunuh simpanan dan membunuh masa depan. Perkataan paling popular yang selalu disebutkannya ialah “Tidak mengapa”.



Ini bagi membuktikan kebenaran mengapa ada juga tuan-puan yang banyak sudah membaca dan menghadiri seminar berkaitan kewangan masih lagi bocor wangnya.
Apabila ditawar peluang pelaburan amanah, “Tidak mengapa”. Bila dia tawar peluang hartanah, “Tidak mengapa”. Ditambah lagi dengan, “Cukuplah apa yang ada, asal hutang aku berbayar, dan tidak meminta-minta”.
Jika tuan-puan seperti ada rasa terkena penyakit ini, maka berkatalah dalam hati tuan puan “Patutlah bocor!”.
Maka itulah empat sebab bagi menjelaskan ‘mengapa bocor?’. Di sini saya mencadangkan beberapa amalan bagi menguatkan antibodi kewangan kita bagi mengelak kebocoran. Iaitu dengan :
Berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis.
Membaca blog-blog berkaitan kewangan setiap hari bekerja, terutama Majalah Niaga.
Menulis dan memaparkan matlamat kewangan di tempat terbuka.
Menyertai pertubuhan sosial seperti menjadi AJK Surau, pertubuhan amal, kelab fotografi dan sebagainya.
Mengapa? Fikir-fikirkan dan selamat beramal! Sehingga berjumpa lagi di rencana akan datang.
Terang bulan tenanglah hati,
Angin pula mendamai rasa;
Yang celik pula ’bocor’nya diri,
Inikan pula gelap jahilnya.

sumber: Majalahniaga




June 12, 2013

5 Perkara Wajib Buat Supaya Anda Menjadi Lebih Kaya Pada 2014


Tetapi bukan semua tahu caranya.
Saya sarankan anda membuat 5 perkara berikut.
Pada hujung 2012  2014 nanti akaun bank anda pasti lebih banyak duit.

5 Aktiviti Pasti Buat Banyak Duit

#1 – Simpan
Tiada tip lain?
Tunggu. Menyimpan adalah perkara paling asas. Kalau anda tidak dapat menyimpan, anda pasti tidak dapat menjadi pelabur yang baik.
Simpan sekurang-kurang RM100 sebulan.
Kepada yang sudah menyimpan, tahniah. Anda perlu menambah jumlah simpanan dari tahun ke tahun. Kalau tahun lepas sudah menyimpan RM100 sebulan, tahun ini kena tambah lagi. Bagaimana?
50% bonus yang anda terima dan 50% kenaikan gaji tahunan terus anda simpan. Bakinya anda belanja.

#2 – Tulis dan ‘shopping’
Kita sebagai manusia membeli mengikut emosi.
Justeru apabila kita membeli belah tanpa menulis terlebih dahulu barang yang mahu kita beli, kita akan membelanjakan lebih daripada apa yang sepatutnya.
Paling kurang kita pasti membelanjakan lebih dari 25% daripada bajet asal.
Barangkali perbelanjaan asal dapur misalnya RM800 sebulan, dan disebabkan kita tidak menulis sebelum ‘shopping‘ akhirnya kita membelanjakan sehingga RM1,000 sebulan.
RM200 bertambah sebulan menjadikan RM2,400 kos tahunan meningkat.

#3 – Bersedekah
Tangan yang memberi lebih baik (490,000 kali ganda) dari tangan yang menerima.
Jangan kedekut untuk bersedekah. Duit yang kita sedekahkan sudah pasti menjadi milik kita. Duit gaji yang anda terima tapi tidak disedekahkan barangkali jadi milik ASTRO, TNB atau pun makcik karipap.
Duit yang kita sedekahkan bukan sahaja tidak hilang tetapi bakal berganda-ganda dengan begitu unik sekali.

#4 – Gunakan Tunai, Bukan Kad Kredit
Sekiranya anda bukan seorang yang berdisplin dalam urusan kad kredit, amalkan perbelanjaan tunai sahaja.
Jika terlupa keluarkan duit, ATM habis duit dan duit tidak cukup maka tidak perlu keluar berjalan-jalan. Rancang sahaja perjalanan anda pada hari lain.
Jika anda masih belum ada kad kredit dan tiada tujuan khas (seperti pembelian online untuk bisnes), tidak perlu cuba-cuba menggunakan kad kredit.
Kad kredit adalah berhantu. Lebih menakutkan dari cerita-cerita hantu Malaysia, Korea dan Jepun.

#5 – Hadir Seminar Dua Kali Setahun, Beli Buku Sebulan Sekali
Sekiranya anda berminat dalam bidang masakan menonton Masterchef di televisyen tidak mencukupi. Anda perlu juga belajar asas-asas memasak secara ‘live‘. Paling kurang belajar dengan emak.
Saya masih hadir ke kelas-kelas berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburanwalaupun saya sudah mempunyai sijil profesional dalam bidang ini.
Setiap bulan juga saya pasti membeli buku-buku berkaitan walaupun saya telah menulis satu buku sendiri. Lagi banyak saya belajar dan membaca rupanya lagi banyak yang saya tidak tahu.

sumber: Majalahniaga


June 7, 2013

Senam Untuk Sihat

Assalamualaikum & Salam Jumaat semua..
Lately rasa badan makin berat..nak pi senamrobik pun tak sempat..
bising dah kak Linda sebab lama dah tak pi senamrobik..
asyik bz je dia cakap..

Semalam Cip ada buat rakaman ni..so ari ni saya rasa tergerak hati nak post pasal senamrobik..
mana tau boleh buat kat rumah kan?hehe
Ok2..malas nak cakap banyak2 ni video dia ye?

Tarikh Rakaman:- 6 Jun 2013
Tempat Rakaman:- Stadium UKM
Program:- Slim Shape




June 6, 2013

Majlis Penutupan KURSUS KEJURULATIHAN TAHAP SATU MUZIK GAMELAN

Tarikh & Masa: 3 Jun 2013 , 8.00 malam
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM
Program: Malam Penutupan Kursus Kejurulatihan Tahap Satu Muzik Gamelan










Opss ada gambar diambil dari Cip n En. Kamarul.

Ok2 ni video MCP plak ye? 




June 4, 2013

MALAM GEMILANG ASPIRASI SENITARI ZAPIN JOHOR

Tarikh & Masa:- 26 Mei 2013 , 8.00 malam
Tempat:- Panggung Seni, UKM
Program:- Malam Gemilang, Aspirasi Senitari Zapin Johor




alkisahnya..takde gambar dari phone sendiri..takpe la..pinjam cip punya.. ;)

Ni pulak video MCP terbitan Penerbit UKM yang Cip post kat channel dia.moga dapat memberi manfaat..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...