Sitegiant E-Commerce

friends

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

June 5, 2014

Formula Sedekah

Formula Sedekah


Assalamualaikum...

Alhamdulillah,tidak lama lagi kita akan bertemu semula dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia yang di dalamnya terdapat begitu banyak kelebihan dan manfaat.

Kepada pembaca blog ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa, selamat beramal dan selamat mengumpul banyak pahala untuk bekalan kita di akhirat kelak. Insyaallah.

Baiklah untuk bulan Ramadhan yang akan tiba ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang ilmu yang saya pelajari dari guru saya tentang bersedekah.


Saya fikir, semua orang pun sudah tahu, sedekah itu adalah satu amalan yang akan boleh menambahkan rezeki. Lebih banyak kita bersedekah, lebih banyak rezeki yang akan kita perolehi.

Allah telah berjanji di dalam surah Al-Hadiid, ayat 17 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

Tetapi, saya pernah membaca cerita mengenai aduan dari seorang yang sudah banyak bersedekah, sudah macam-macam derma beliau keluarkan...tetapi rezekinya tetap macam tu juga..semacam masih tidak mencukupi.

Pada masa itu, penulis hanya diam dan tidak mampu untuk memberikan apa-apa nasihat ataupun jawapan balas, kerana beliau tidak mengetahui tentang keadaan sebenar pengadu. Jadi apa yang penulis dapat katakan kepada pengadu pada waktu itu adalah, ‘’bersabarlah..insyaallah ada rezeki untuk tuan nanti’’..

Selepas itu, persoalan tersebut terus bermain di fikiran saya..bagaimana orang yang sudah banyak bersedekah tetapi rezekinya masih lagi tidak berganda-ganda?

Sedangkan Allah sudah berjanji di dalam Al-Quran.. sesiapa yang memberikan pinjaman kepada Allah (sedekah), maka Allah akan balas dengan berganda-ganda banyaknya.

Akhirnya, saya bertanya kepada guru saya dan beliau memberikan jawapan..


Rupa-rupanya di dalam bersedekah, ianya ada ‘’formula’’. Bukan main hentam keromo sahaja.

Kata guru saya.. ‘’Mereka yang sudah bersedekah, tetapi merasakan rezekinya masih tidak bertambah-tambah dan masih tidak mencukupi..hakikat sebenarnya mereka itu masih belum mencukupi.’’

Ramai orang yang bersedekah dengan sedikit, hanya sekitar 2.5% sahaja (berdasarkan kiraan nilaian zakat) dari apa yang diperolehi. Bersedrkah sebanyak 2.5% itu cukup sekiranya, ianya disertakan dengan amalan lain seperti solat dhuha, zikir, solat tahajjud, solat hajat, solat taubat dan sebagainya.

Tetapi, banyak orang tidak melakukan amalan-amalan itu..malah kebanyakannya, hanya bersedekah RM1 atau RM5 sahaja di tabung masjid, seminggu sekali ketika solat jumaat..kemudian mengharapkan balasan berpuluh-puluh ribu dari Allah.

Jadi, tidak hairanlah jika, walaupun mereka merasakan mereka sudah banyak bersedekah, tetapi rezekinya masih tidak bertambah-tambah dan tidak mencukupi.

Sebenarnya ada formula yang perlu diketahui apabila kita mahu bersedekah.

Didalam formula sedekah, Setiap 1 sedekah, akan dibalas dengan 10 ganda balasan. Insyaallah.

Sekarang, mari kita cuba buat kira-kira menggunakan formula tersebut.

Katakan, gaji Aizat (bukan nama sebenar) ialah RM3,000.00 sebulan, tetapi disebabkan perbelanjaan kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini, maka Aizat sentiasa berharap mendapat pendapatan sebanyak RM5,000.00 sebulan.

Aizat percaya bahawa sedekah boleh menambahkan rezeki. Maka pada setiap hari Jumaat, beliau akan bersedekah sebanyak RM10 ke dalam tabung masjid.

Sekarang mari kita buat kira-kira..

Derma RM10 seminggu, maka, sebulan, Aizat menderma RM40.
Janji Allah.. 1 dibalas 10..
Oleh itu Aizat akan mendapat balasan =RM40x10=RM400..

Maka jumlah keseluruhan pendapatan Aizat ialah RM3,000(gaji) – RM40(sedekah) + RM400(balasan Allah) =RM3360.

Hanya RM3360 sebulan..sudah tentulah, Aizat merasakan pendapatanyya masih tidak mencukupi walaupun beliau sudah bersedekah.

Sekarang, andaikan, Aizat menaikkan jumlah sedekahnya kepada RM100 seminggu. Berapakah pendapatan yang bakal beliau perolehi?

RM3000(gaji) – RM400(sedekah) + RM4000(balasan Allah) = RM6600

Nah! Sekarang barulah cukup.. malah melebihi dari targetnya untuk mendapatkan pendapatan RM5000 sebulan.

Ajaib bukan?

Adakah anda percaya? Atau tidak percaya? Saya tinggalkan persoalan itu kepada anda untuk tanyakan ke dalam diri anda..

Persoalan yang lebih besar..adakah anda yakin dengan janji Allah? Dan adakah anda berani untuk melakukannya?

Selepas ini, cubalah tingkatkan jumlah sedekah anda..seelok-eloknya, lebih 10% dari pendapatan bulanan anda.

Ayuh kawan-kawan..sekarang anda tahu formula di dalam sedekah dan yakinlah janji Allah dan amalkanlah Insyaallah, anda akan dapat alami sendiri keajaibannya.. wallahu ‘alam

Olahan dari : Shuth

Wassalam
Hidayahalim
05 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...