Sitegiant E-Commerce

friends

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

April 12, 2009

dia...
membuat ku senyum..
membuat ku hilang tumpuan..

dia..
kesayangan ku..
ku takut akan kehilangannya..

dia..
harap ku yang terakhir..
tak mahu yang lain..

dia..
penyejuk hati..
penyabar jiwa..
dia juga penyelamat hari..

dia..
amat istimewa..
penyabar..

tak mahu ku 'kehilangan'nya lagi..
oh Tuhan Selamatkan lah Hubungan kami..
biarlah kami tetap bersama ke akhirnya..
dengan keredhaan Mu.. misshadhay

April 11, 2009

Kek aiskrim strawberry



Bahan-bahan ( sekeluarga )
BAHAN KEK SPAN*
375 gm Tepung Span Mix
75 gm Air atau Susu Segar
375 gm Telur
1 sudu teh Perasa Vanila
90 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)
BAHAN AIS-KRIM*
3 Biji Telur Kuning
150 gm Susu Segar
30 gm Gula Kastor
150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)
300 gm Fresh Cream

Cara-cara CARA BUAT KEK SPAN*
Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
Tuang dalam loyang kek 9" yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.
CARA BUAT AIS-KRIM*
Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.
CARA NAK BENTUKKAN KEK*
Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3lapis
Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream... sedap tau hehe...

Choc slice cheese cake



Bahan-bahan ( 5 org makan )
Bahan A:
1 cwn minyak jagung
1cwn susu segar
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula perang
3/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat manis
5 keping slice cheese

Bahan B
2 biji telur
1 1/4 cwn tepung naik sdr
1 sudu soda bikarbonat
1/2 cwn air panas

Cara-cara
Bahan A dimasukkan dalam periuk dan masak atas dapur dgn api sederhana. Kacau hingga sebati. Tutup api dan Biarkan seketika
2 biji telur tadi dipukul hingga kembang.
Masukkan adunan bahan A tadi kedalam telur, pukul rata.
MAsukkan lebihan bahan B , pukul rata lagi.
Masukkan dalam acuan plastik (utk masak dlm microwave) dan tutup dgn plastic wrap.
Bakar dl microwave selama 10 minit. * Boleh juga dikukus atau dibakar dalam oven biasa.
Setelah masakbolehlah diletakkan topping coklat

Kek Coklat Air Ais



Bahan-bahan ( 1 biji )
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
3/4 cawan koko
1 camt garam
2 camt baking soda
1 tsp vanila
2 cawan air ais (air dlm peti ais)
2 camt cuka
2/3 cawan minyak masak

Cara-cara
Gaul sebati kesemua bahan dan bakar pada suhu 175C selama 35 minit

Coffee cheesecake



Bahan-bahan ( 18cm )
Bahagian bawah
100g biskut marrie perisa kopi
50g butter- cairkan
(utk loyang cutter sy guna 260g biskut marrie + 120g butter)

Bahagian cheese
250g cream cheese
120g gula halus
sedikit esen vanila
200ml plain yogurt/ sour cream
3 biji telur
2 sudu besar corn starch
200ml whipping cream

Cara-cara
Masukkan biskut ke dalam food processor. Mix sehingga hancur. Kemudian masukkan butter yg cair. Mix lagi sehingga berketul-ketul.
Masukkan biskut yang dah dikisar ke dalam loyang. Tekan sehingga jadi padat. Kalau guna loyang cutter, alaskan dengan kertas minyak utk mudah dikeluarkan. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
Masukkan semua bahan-bahan bahagian cheese kecuali telur ke dlm food processor. MIx sehingga jadi smoooth. Kemudian masukkan telur dan mix lagi. Tuangkan adunan cheese ke dalam loyang biskut tadi.
Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Kemudian letak loyang kek tadi ke atasnya.
Bakar kek ini dengan suhu 200C selama 30 minit. Turunkan suhu oven kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit
Kalau guna loyang cutter, bakar kek ini dengan suhu 200C selama 15 minit. Turunkan suhu oven kepada 160C. Bakar lagi selama 15-20 minit

Mango Cheesecake




Bahan-bahan ( 9 inchi bulat )
LAPISAN BAWAH:
110g Mentega
2 sb Gula Perang
200g Serbuk Biskut Digestives
50g Cornflakes - hancurkan kasar

FILLING:
1 blok / 250g Krim Cheese
1/2 cwn Gula Kastor
1 peket kecil krim putar (+/- 200ml)
1 cwn Mangga puri (dari 2 biji besar)
1 sb Gelatin/Jelly - larutkan dlm 1/4 c air panas
Mangga , jem aprikot utk hiasan

Cara-cara
Cairkan mentega & gula. Gaul rata serbuk biskut & cornflakes. Tekankan ke dlm tin. Sejukkan selama 30 min.
Pukul krim cheese & gula sehingga smooth. Campurkan krim & pukul sehingga pekat. Masukkan puri mangga. Akhir sekali masukkan gelatin/jelly.
Tuang ke dlm lapisan biskut. Sejukkan semalaman sehingga set/beku.
Susun hirisan mangga ke atas cheesecake. Larutkan 40ml jem aprikot dgn 40ml air panas atau di masak sebentar. Sapukan ke atas hirisan mangga. Sejukkan sehingga jem beku. Hidangkan sejuk

Peach cheesecake



Bahan-bahan ( Loyang bulat ( Diameter 10" X tinggi 3") )
# 100 gm cream cheese ( room temp)
# 2 cawan tepung gandum
# 1 cawan gula halus
# 3/4 cawan nonsalt butter
# 1 sudu kecil baking soda
2 kuning telur
1 tin peach - diasingkan buah dan jus
* 2 biji putih telur
* 1/2 cawan gula halus
Topping :
4 sudu besar plain yogurt
4 sudu besar gula halus
fruit cocktail

Cara-cara
Bahan yang bertanda # disatukan dan digaul dengan tangan agar semua sebati.
Gunakan handmixer dan pukul adunan no 1 sehingga sebati
Kuning telur dan jus buah dipukul bersama. Asingkan buah
Bahan bertanda * dipukul sehingga kembang. Kalau terbalikkan mangkuk, ia tak jatuh (meringue)
Adunan no. 3 dipukul bersama adunan no.1. Pukul sehingga sebati
Telur yang dipukul kembang tadi gaul perlahan-lahan ke dalam adunan no.5. Gaul menggunakan spatula.
Griskan loyang dengan kertas minyak, masukan adunan. Letakkan buah peach tadi ke atas adunan. Bakar dalam 160 degree C dalam masa 45-50 minit. Atau sehingga kek masak.
Untuk topping : Plain yogurt dipukul bersama gula. Kemudian masukan fruit cocktail. Setelah kek masak dan sejuk, tuangkan ke atas kek.

Mini Blueberry Cheesecake



Bahan-bahan ( dpt dlm 12 biji )
Bahan A (utk lapisan bawah)
12 keping Biskut Jacob Whetameal (biskut oreo atau marie pun ok) diblend halus
1 s/b Butter dicairkan

Bahan B (Lapisan Chese)
250 gram cream chese (Philadepia)
1/2 cawan gula
1/2 s/k esen vanilla
1 biji telur
Blueberry Jem Secukupnya

Cara-cara
Bahan A td dicampurkan gaul sampai sekata, kemudian ambil dlam 1 sudu besar masukkan kedalam paper cup saiz sederhana, kemudian tekankan biskut dgn sudu.
Utk Bahan B, Cheese dipukul bersama gula sampai kembang kemudian masuk esen vanilla dan kemudain masukkan telur dipukul sebati
Akhir sekali masukan adunan cheese kedalam paper cup yg telah dimasukkan biskut, kemudian masukkan paper cup kedalam muffin tray dan bakar selama 20 minit pada suhu 180.(bergantung pada jenis oven)
Bila dah masak sejukkan kemudian letakan topping Bluebery jem keatas chese td...selamat mencuba

Choco cheese layerd cake



Bahan-bahan ( kek serdehna besar )
bahan A
180gm butter
20gm koko powder-ayak
170gm gula castor
3 biji telur
120gm tepung naik sendri-ayak
1 tsk baking powber-ayak

bahan B
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 tsk vanila eesence
1 biji telur

Cara-cara
1.pukul butter dan gula hingga kembang
masukkan telur sbiji-sbiji
masukkan bahan2 yang diayak
dalam bekas lain,pukul bahan b shingga kembang
tuang separuh bahan a,lpas tu semua bhn b,dan akhir skali baki bhn a
kukus slame 1 jam.(klu nak bkar,gune kaedah steambath,tp dgalakkn kukus,lbih moist)

Mommy Chocmoist Cake



Bahan-bahan ( Size loyang 8" )
1 1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko di bancuh dengan 160ml air
5 biji telur
1 sdt soda bikarbonat

Bahan untuk topping
1 bar coklat cadburry@van hauten perasa susu ( rm5++)
4 sudu makan air masak
1 sudu makan minyak masak
satukan kesemuanya dan masak dengan kaedah double boiler

Cara-cara
Ayak tepung dan soda bikarbonat sebanyak 3 kali
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi
Masukkan tepung + air koko dan kacau hingga sebati
Letakkan kertas minyak ke dlm loyang dan griskn dengan mentega, kemudian tuangkn bancuhan tadi
Bakar pada suhu 160'c selama 45 minit
Bila sudah masak, sejukkn kek dan tuangkan coklat cair ke atas kek, sedia utk di hidang.

MOCHA TOPPING




6 oz coklat kurang manis (unsweetened/bittersweet)
2/3 cawan krim putar
1/2 camt serbuk kopi segera

Hiris halus coklat (pastikan tidak terkena air). Letak semua bahan di dalam periuk kalis lekat (non-stick) dan kacau atas api PERLAHAN hingga sebati dan adunan licin. Ketepikan dari api, tuangkan ke atas kek dan biar meleleh ke bahagian tepi keliling. Ratakan aising dengan pisau sebelum ia menjadi keras sepenuhnya

Easy Baked Cheese Cake



Bahan-bahan ( 6 orang makan )
untuk base:
1. 80 gram unsalted butter.
2. sebungkus chipsmore.

untuk kek:
1. 500 g cream cheese.
2. 200 g gula icing.
3. dua biji telur.
4. satu biji kuning telur
5. 75ml fresh cream.

Cara-cara
1. cairkan butter, hancurkan biskut.
2. campur butter dengan biskut, tekan dalam pan, sejukkan dalam peti ais.
3. pukul cream cheese (suhu bilik) dengan gula.
4. masukkan telur.
5. masukkan krim.
6. masukkan kek ke atas base biskut tadi.
7. bakar cara 'water bath' 170 darjah celcius selama sejam 10 minit.

Kraft Philadelphia cookies & cream cheesecake



Bahan-bahan ( satu keluarga (sprigfoam size 23cm) )
350g biskut oreo
80g butter - dicairkan
375g PHILADELPHIA cream cheese - dipotong kuib biarkan dalam suhu bilik
1/2 cawan gula caster
1 sdk esen vanila
1 cawan krim putar/whipped cream
3 sdk gelatin - dilarutkan dengan 1/4 cawan air mendidih
200 g TOBLERONE coklat putih, dicairkan dan disejukkan (optional)

Cara-cara
OREO Base : Hancurkan 250g biskut oreo kemudian campurkan dengan butter yg telah dicairkan kemudian ditekankan adunan tadi didlm loyang yg telah dialas dengan cling wrap - masukkan dalam freezer selama 30 minit

Top : Putar cream cheese, gula dan vanila hingga berkrim dan licin. Kemudian masukkan whipped cream dan pukul lagi, masukkan gelatin dan toblerone white chocolate. Kacau/Pukul adunan sehingga sebati.
Masukkan lebihan biskut oreo (100g) yg telah dipatah²kan kedalam adunan tadi dan tuangkan keatas OREO base. Tutup dengan cling wrap dan sejukkan dalam 2 jam dan bolehlah dipotong dan hiaskan dengan jem blueberry. Selamat menjamu selera..
senangkan?!.. cuba larr.. pasti teruja! :)

Butter cupcake n coco glaze



Bahan-bahan ( 18biji )
120gm butter
250gm gula
200gm tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
150ml susu segar

coco glaze:-
150gm dark cooking choc-cincang
100ml susu pekat manis
75gm majerin
2 sudu makan instant coffee larut ngan 1 sudu makan air panas

Cara-cara
pukul butter, gula n esen hingga kembang.
masukkan telur, pukul lagi. masukkan tepung berselang-seli ngan susu n pukul hingga sebati.
masukkan dalam cawan (letak separuh penuh) n bakar hingga masak. bakar lebih kurang 15-20min)

untuk glaze:-
panaskan choc n susu hingga cair. masukkan majerin n kopi, gaul rata. gaul lagi hingga dapat kepekatan yg diingini. hias atas kek.

Oreo Filling Cheesecake



Bahan-bahan ( 20cm - serves 8 )
Base
2 pkt biscuit oreo - asingkan cream nya
1/3 cup melted butter

Cake
250g cream cheese
2 biji telur
1/3 cup susu pekat
cream oreo biscuit
baki biskut oreo yg dh dihancurkan - optional

Cara-cara Base
satukan melted butter dan biskut oreo yg tlh hancur. dan tekan2 pada dasar loyang kek. pre-bake utk 10 minit.ketepikan sebentar

Cake
pukul cream cheese until fluffy. masukkan filing oreo, sebatikan.
masukkan susu, pukul sebati. masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati.
jika ada baki biskut oreo yg dh hancur, boleh masukkan - tambah ummph! :) kaup balikkan.
bila sebati, tuangkan ke dalam loyang yg berisi base td. ratakan.
bakar pada suhu 150C selama 30 minit atau hingga masak.
bila masak, chill kan selama 4 jam atau overnight. boleh servekan bila2. bekpes pn tibai aje~
p/s : kalau rasa dh manis time masukkan cream, boleh kurangkan sket susu. n kalau ada biskut cream crackers pn lg sdap utk buat base dia. slmt mencuba!~

Brownie & Cheese Cake



Bahan-bahan ( Acuan 9 inci )
**Bahan Brownie**
300gm dark chocolate
2/3 cawan gula
150gn butter
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan whiping cream
1 1/4 cawan sour cream (saya guna plain yogurt)
2 biji telur

**Bahan Cheese**
250gm cream cheese
1/3 cawan gula
1 biji telur

Cara-cara
Cairkan butter, chocolate & gula atas api sederhana.
Pukul telur..tak payah sampai kembang. kemudian masukkan kedalam adunan chocolate, kacau rata.
Masukkan pula tepung, whiping cream & sour cream. kacau sebati. Ketepikan sementara.
Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok eloknyer guna springform. Selang selikan antara brownie & cheese. (sebelah sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).
Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick@sudu@lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih2 sangat!!
Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius, selama 30 minit. Bila dah masak dia mmg lembik sikit..sejukkan sekejap. Kalau dah cool, nak masukkan dalam fridge pun boleh, baru senang nak potong.

Boston Cheese Cake



Bahan-bahan ( 1 biji )
BAHAN BASE
200 g biskut marie (hancurkan)
30 g gula perang
15 g serbuk koko
100 g mentega cair

BAHAN KEK KEJU
500 g krim keju (A)
50 g gula (A)
50 g mentega (A)
50 g tepung gandum (B)
1 biji telur gred A (C)
3 biji kuning telur gred A (C)
150 g yogurt (plain) (D)
3 biji putih telur gred A (E)
70 g gula (E)
1/2 sudu teh garam (E)

BAHAN HIASAN
Krim mentega secukupnya

Cara-cara BASE
Campurkan semua bahan base hingga sebati dan simpan dalam peti sejuk hingga keras.
Keluarkan dari peti sejuk dan masukkan ke dalam loyang 8 inci.tekan hingga mampat.Masukkan kedalam peti sejuk kembali.

KEK KEJU
Masukkan A ke dalam mixer dan putar hingga lembut dan gebu.Masukkan B dan kaup balikkkan.Masukkan C dan putar perlahan-lahan hingga sebati.Masukkan D dan kacau sebati.
Pukul telur (E) hingga kembang dan masukkan semua bahan E dan pukul hingga pekat.
Tuangkan adunan ini ke dalam adunan ABCD tadi.kacau sebati.
Masukkan ke dalam loyang 8 inci dan bakar selama 60 minit dgn suhu 160 darjah C.
Sejukkan dan keluarkan dari loyang.
Keluakan base dari peti sejuk.Tanggalkan dari loyang.Sapu krim mentega di atasnya.Kemudian letakkan pula kek keju diatasnya.Hiasalah mengikut citarasa anda.

NOTE : kek ini sedap jika di simpan di dalam peti sejuk.

brownies lapis cheese kukus

Bahan-bahan ( loyang 4segi 10cm )

**ADUNAN COKLAT**1/2 cawan tepung
3/4 cawan gula
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
4 oz coklat masakan
4 tbsp / 2 oz butter
1 tbsp corn syrup (sy gune golden syrup.lgsg tanak gune pun xper)
2 tsp vanilla
1/4 cawan susu segar (panaskan skejap)
2 biji telur grade A

250g cream cheese
60g gula
1 biji telur grade A
1/4 cwn tepung
25ml air

Cara-cara
~Cairkan coklat masakan dan butter secara double boiler
~Pukul gula dan telur sampai agak kembang
~Masukkan pula vanilla, corn syrup, coklat,butter cair dan susu.
~last skali, masukkan tepung, bikarbonat dan baking powder.gaul sebati
~dalam mangkuk lain,pukul cream cheese+gula+air sampai kembang
~masukkan telur,pukul sebentar..kemudian masukkan tepung
~alaskan loyang dgn kertas minyak,masukkan semua adunan cream cheese.
~masukkan 1/4 dari adunan coklat ke dalam loyang.
~dgn menggunakan garfu,tarik2 sket atas adunan dlm loyang tu..jadik bentuk ~marble.kukus 15 minit

masukkan baki adunan coklat..dan kukus 20 minit. edit:time kukus..balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil.pastu kukus ngan api besar
bila dah siap,trbalikkan atas redai,biar yg cheese dok atas.adunan coklat tu mmg cantik.langsung takde 'bengkak2' =) **kat gambo tu..sj ltk bawah psl marble tak bape jadik.hehehhe**

bila dh sejuk..potong bentuk 4 segi 2"..pastu bule di makan....**my advice:kalo nak kukus,better doublekan adunan coklat n layerkan(e.g coklat-cheese-coklat).kalo nak bakar..ikut je resepi ni..tp yg coklat dok bwh,cheese dok atas.pastu bakar dlm 1 masa..

Chocolate Moist Cake simple..

Bahan-Bahan Kek

4 biji Telur
250 butter (1 buku)
2 cawan caster sugar
2 cawan tepung gandum
1 camca teh bikarbonat of soda
1 camca teh esen vanilla
1 cawan serbuk chocolate
1 cawan air suam

topping:
1 bar cooking chocolate cook with double boiled and put 1 camca butter


Cara:
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan butter dan gula and pukul hingga kembang
3. Masukkan esen vanilla and tepung(diayak dgn bicarbonat of soda)
4. Masukkan chocolate yg dibancuh with air suam
5. pukul hingga kembang
6. Bakar in oven with heat 200c

Cadangan Hidangan:
topping:
1 bar cooking chocolate cook with double boiled and put 1 camca butter

Moist chocolate cake

Bahan-bahan ( 1 biji (acuan 9in x9in)

Bahan A:
1 cawan koko powder
1 cawan air suam
1 cawan gula kastor

Bahan B:
250 gm gula kastor
250 gm butter
250 gm tepung naik sendiri (ayak)
6 biji telur
esen vanila

Bahan topping:
1/3 cawan koko powder
1 tin kecil susu pekat manis. boleh kurangkan kalau x suka manis.
1/3 cawan minyak jagung

Cara-cara Utk bahan A:
campurkan koko powder,gula dan air suam.kacau hingga gula larut.

Utk bahan B:
putar butter dan gula hingga kembang.
masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanila.putar hingga rata.
masukkan tepung diselang seli dgn campuran bahan A tadi.
setelah semua sebati,masukkan adunan ke dalam acuan yg telah digris dan dialas dgn kertas.
bakar 45-50 min suhu 170C atau boleh juga dikukus selama 1jam 1/2.
Setelah kek sejuk,bolehlah disapu topping dan hias dgn kreativiti sendiri.
Untuk topping:
campurkan koko dgn susu,kacau hingga sebati.masukkan minyak mazola.
letakkan atas api perlahan dan kacau hingga berkilat.proses ini jgn terlalu lama sekadar utk mengilatkan shja.

April 10, 2009

Kek batik

Bahan-bahan ( 10 orang makan )
3 cawan air
1 tin besar susu pekat
1 sdt esen vanilla
250 gram mentega
450 gram biskut marie
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
2 sdt Nescafe
4 biji telur

Cara-cara
Masak air sehingga mendidih, padamkan api.
Masukkan susu, milo, serbuk koko dan Nescafe. Hidupkan api perlahan, kacau sebati. Padam api.
Di dalam mangkuk lain, pukul telur satu persatu dan campurkan esen vanilla.
Setelah bahan dalam kuali kurang panas, masukkan bancuhan telur dan mentega. Kacau sebati.
Apabila bancuhan betul- betul pekat, masukkan biskut marie. Kacau rata dan padamkan api.
Griskan acuan dengan sedikit mentega. Tuang adunan sambil menekan padat. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

Cheese choc cake



Bahan-bahan ( 18cm )
Lapis Bawah:
120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
70gm unsalt butter (dicairkan)

Lapis Atas:
250gm cream cheese (lembutkan)
120gm gula kastor
2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak)
150gm dairy whipping cream
1 ½ tbsp gelatine
80ml full cream milk

Chocolate mousse:
250gm whip cream
1 tbsp vanilla essence
1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit

Chocolate ganache:
35gm serbuk koko
50gm gula kastor
150gm whipping cream
80gm chocolate masak
30gm mentega

Cara-cara Lapisan bawah:
Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam pan (18cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk

Lapisan atas:
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)

Chocolate mousse:
Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse

Chocolate ganache:
Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula.
Selamat mencuba!

*note: sape yg rase nk mkn cake ni mcm ice cream ley bekukan dlm freezer..n sape yg nk cake ni sejuk biase..boley la letakkan cake ni dlm peti ais biase(bkn freezer)..tp kene biarkan atleast 8hrs or lagi baik semalaman untuk dptkan cake yg ok..

*note: klu cake ni dibekukan dlm freezer..lama kelamaan cake ni akan cair sedikit..bak kate chef bile cheese beku jadi ais..nnti bile kluar dr freezer, ais tu akan cair..so smpan dlm peti ais biase mayb boley menyelamat keadaan mcm ni..hehehe..harap2 petua ni boleh membantu anda semua..=)

Jika Engkau Pergi - imran ajmain

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merinduimu

(kerna ku sayang kamu) dygta

: seandainya kau ada disini denganku
: mungkin ku tak sendiri
: bayanganmu yang selalu menemaniku
: hiasi malam sepiku
: reff:
: kuingin bersama dirimu

: ku tak akan pernah berpaling darimu
: walau kini kau jauh dariku
: kan slalu kunanti karena kusayang kamu

: hati ini selalu memangil namamu
: dengarlah melatiku
: kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
: takkan pernah ada yang lain
: (back to reff)

: adakah rindu di hatimu seperti rindu yang kurasa
: sanggupkah ku terus terlena tanpamu di sisiku
: ku kan slalu menantimu

April 9, 2009

KEK KEJU MANGGA



Bahan-bahan
Bahan Base
150 gm biskut marie kopi (dihancurkan)
70 gm butter

Cara
1. Kesemua bahan ini digaul sebati dan ditekankan ke dalam acuan kek.
2. Bakar selama 10 minit pada suhu 170'C.
3. Sejukkan.

Bahan Keju
250 gm krim keju
150 ml yogurt asli [natural yogurt]
60 gm gula castor
1 biji buah mempelam masak [mesinkan halus]
1 s/b serbuk agar2
150 ml air
Cara Memasak
1. pukulkan keju dan gula sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan yogurt asli dan dan mangga. Pukul rata supaya sebati.
3. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendideh. Biarkan suam sekejap.
4. Bila dah suam masukkan agar-agar dalama dunan yg dipukul dan kacau rata.
5. Tuangkan atas base dan sejukkan dalam petisejuk semalaman.
6. Hiaskan dan hidangkan.


Bahan-bahan
Bahan A [Crust]
200 gm biskut chipsmore
80 gm butter

Bahan B [Filling ]
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan C
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar

2 s/b tepung jagung

Hiasan
strawberry filling
fresh cream
Cara Memasak
Bahan A [Crust]
1. Biskut dihancurkan.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 160'C selama 10 minit.

1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan C dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada Bahan A tadi.
8. Bakar pada suhu 150'C selama 70 minit.
10. Biarkan kek dalam oven beberapa jam.
11. Hiaskan dengan fresh cream dan strawberry filling.
12. Masukkan dalam petisejuk untuk semalaman.
13. Potong gunakan pisau yg telah dipanaskan atas api.
14. Hidangkan

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE




Bahan-bahan
Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa buah ]
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla

Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry
1 s/b air suam
Cara Memasak
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...