Sitegiant E-Commerce

friends

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

September 18, 2011

Kita Gembira sedangkan Teman Berdukacita





* Hati tengah berbunga-bunga weee~
gembira mcm lagu ni...
gembira mcm mana pun masih ada teman yang berdukacita..
hope teman yang sedang berdukacita dapat melupakan kedukaan hati yang sedang melanda..
dayah mintak dijauhi kedukaan seperti itu..
sebab kedukaan tu sangat menyakitkan..
di sebabkan hati tengah berbunga-bunga meh dayah share lagu nie.. 

Saat Bahagia 


Saat bahagiaku duduk berdua denganmu
Hanyalah bersamamu

Mungkin aku terlajur
Tak sanggup jauh dari dirimu
Ku ingin engkau selalu

'tuk jadi milikku
Ku ingin engkau mampu
Ku ingin engkau selalu bisa
Temani diriku sampai akhir hayatmu
Meskipun itu hanya terucap
Dari mulutmu uuu'
Dari dirimu yang terlanjur mampu
Bahagiakan aku hingga ujung waktuku
Selalu'

Seribu jalanpun ku nanti
Bila berdua dengan dirimu
Melangkah bersamamu

Ku yakin tak ada satupun
Yang mampu merubah rasaku untukmu
Ku ingin engkau selalu

Mungkin aku terlajur
Tak sanggup jauh dari dirimu
Ku ingin engkau selalu








untuk teman yang sedang berdukacita dayah doakan kedukaan itu pergi menjauhi diri kamo ye sygs?
sesungguhnya kedukaan tu banyak mengajar kita erti kesabaran dan menguatkan kita untuk menghadapi musibah yang melanda..

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

dipetik dari Syifamardiyyah

video ni untuk teman-teman yang sedang berduka hope terhibur



September 14, 2011

Resipi Choc Chip Cookies

Resipi ini diolah dari Resipi Famous Amours Cookies.
Credit to Lianaa juga sebab tetamu sangat suka biskut ni..dayah buat 2 kali sbb yang 1st batch dah abis sebelum jamuan raya kat rumah dayah last week. Yang 2nd batch tu tak sampai 2 hari dah abis dah. ngee~

* 250g butter
* 280g tepung gandum (dayah guna tepung kek)
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor (boleh jugak kalau nak kurangkan)
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat (dayah tak letak pun sbb dlm tepung kek dah sedia ada serbuk  penaik)
* 2 sudu besar susu tepung (dayah guna choc malt aka milo sbb kat umah takde susu tepung yang ada susu Anlene je)
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip ( dayah campur skali coklat masakan sbb ibu beli manyak... (",)
* Secubit garam

Cara-cara

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. 
Kemudian kacau hingga rata.

4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


September 6, 2011

Cinta Dalam Hati

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

August 22, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pejam celik...pejam celik dah 22 hari dah kita berpuasa kan? Sabtu hari tu kak Yun wife abg Hazuwan (Wandesign Studio) offer dayah utk makeover n shoot theme raya. Fikir punya fikir...pujuk punya pujuk akhirnya Yusri je yg nak ikot Dayah pi studio abg wan tu...huhu cedey je..
Yusri datang amek dayah kat Kajang dari umah dia kat KL pegi Kg Melayu Subang..then masa balik dari Kg Melayu Subang tu jalan jem tak hengat sampai 2 jam kami kat atas jalan tu...seb baik Yusri penyabar orangnya..hehe ciann dia lepas anta Dayah kat Kajang dia kuar ngn kawan2 dia...uish tak reti penat btol mamat sorang nih...btw maceh eh sbb teman Dayah... :)


eh lupe plak pasal makeover nih...nie la hasil makeover kak Yun kita... :)





















August 2, 2011

Salam Ramdhan 1432

Hari ni hari ke 4 kita berpuasa. Moga kita semua dapat menjadikan bulan Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Semalam first time dayah buka kat
Masjid Besi. Rasa macam di perantauan pulak. Yela buka sorang-sorang. Hehe sebenarnya tak la sorang-sorang dengan Adam sebenarnya tapi kat dlm Masjid takkan nk berbuka berdua kot? Berbuka dengan kurma, sepotong kuih n secawan air orange(klu tak salah). Selepas berbuka dayah pun pi la dewan solat. Dalam masa yg sama Adam sms Dayah ckp dia kat depan, kanan, ujung T-shrt blang itam(copy dr sms Adam).

Okay selesai solat Maghrib. Dayah turun lift nak pi ke parking kereta that time juga Adam call n Dayah minta dia datang kat tempat dayah parking kereta. Kat parking tu Adam tanya nak makan(berbuka) kat mana? Dayah? ne la tau tempat2 yang best untuk makan nih. Yang Dayah tau makan kat rumah paling terbaikk(air tangan ibu). Apa yang terlintas kat kepala nie SOHO (tpt slalu Dayah TT dgn Asiaphotographer KL) hehe maap..maap.. Mula-mula Adam follow je. Lepas tu dia dapat idea dari mana ntah dia capak makan kat precint 10 je la. Dayah ckp ok je asalkan tak jauh sangat. :D

Okay dah setuju pi makan kat Precint 10 ape lagi Dayah pun follow la motor Adam (eh dayah dgn Adam pi asing2 ye? haa mule la tu fikir lain tu..huhh). Dah sampai kat temapt di tuju. Rupenye Adam bawak Dayah pi makan kat de' Lanai Lakeview Cafe. Sampai kat de' Lanai Lakeview Cafe tu dayah jadi a bit kaku la almaklum tak penah makan tpt mcm tu. Rancang nak mkn kat kedai biase je(Dayah kan sempoi...hehe). Takpe la makan jela.

Adam tanya ok tak makanan sini(belum amek mknn lagi) sebab makanan macam tinggal siket je. Yela kami sampai kat
de' Lanai Lakeview Cafe tu dekat kul 8.15(lebih kurang) orang pun dah abis makan. Dalam hati cakap alaa tak kisah la sebab dah lewat lagipun Dayah bukan jenis makan banyak pun. Soo pe lagi pi cari tempat duduk n Dayah suruh Adam amik dulu makanan.
Makanan kat
de' Lanai Lakeview Cafe ni boleh tahan la(Dayah tak reti komen makanan yg Dayah makan kat luar). Borak-borak ngan Adam. baru perasan yg kat sebelah ktorang tu tasik...huuu kelass gitu. Dalam kul 9.15mlm kami pun balik.(abis cerita). Sebelum lupa, maceh Adam sbb belanje sy.. :)

Sedikit info
de' Lanai Lakeview Cafe:-

Location?
de' Lanai Lakeview Cafe
Lanai Neighbourhood Commercial Centre
Unit 4F, Ground Floor
No2 Persiaran Seri Perdana
Precint 10 Putrajaya


Contact no?
016-2585111 / 0196343111

Harga?
Dewasa - RM21.90
Kanak-kanak - RM10.00
murah kan??
klu early bird - RM16.90(kne beli voucher before Jumaat ni aka esok)

p/s saya dengan Adam hanya kawan ye? tolong jangan buat gossip murahan yea? Adam is my best friend EVER!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...