Sitegiant E-Commerce

friends

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

August 2, 2011

Salam Ramdhan 1432

Hari ni hari ke 4 kita berpuasa. Moga kita semua dapat menjadikan bulan Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Semalam first time dayah buka kat
Masjid Besi. Rasa macam di perantauan pulak. Yela buka sorang-sorang. Hehe sebenarnya tak la sorang-sorang dengan Adam sebenarnya tapi kat dlm Masjid takkan nk berbuka berdua kot? Berbuka dengan kurma, sepotong kuih n secawan air orange(klu tak salah). Selepas berbuka dayah pun pi la dewan solat. Dalam masa yg sama Adam sms Dayah ckp dia kat depan, kanan, ujung T-shrt blang itam(copy dr sms Adam).

Okay selesai solat Maghrib. Dayah turun lift nak pi ke parking kereta that time juga Adam call n Dayah minta dia datang kat tempat dayah parking kereta. Kat parking tu Adam tanya nak makan(berbuka) kat mana? Dayah? ne la tau tempat2 yang best untuk makan nih. Yang Dayah tau makan kat rumah paling terbaikk(air tangan ibu). Apa yang terlintas kat kepala nie SOHO (tpt slalu Dayah TT dgn Asiaphotographer KL) hehe maap..maap.. Mula-mula Adam follow je. Lepas tu dia dapat idea dari mana ntah dia capak makan kat precint 10 je la. Dayah ckp ok je asalkan tak jauh sangat. :D

Okay dah setuju pi makan kat Precint 10 ape lagi Dayah pun follow la motor Adam (eh dayah dgn Adam pi asing2 ye? haa mule la tu fikir lain tu..huhh). Dah sampai kat temapt di tuju. Rupenye Adam bawak Dayah pi makan kat de' Lanai Lakeview Cafe. Sampai kat de' Lanai Lakeview Cafe tu dayah jadi a bit kaku la almaklum tak penah makan tpt mcm tu. Rancang nak mkn kat kedai biase je(Dayah kan sempoi...hehe). Takpe la makan jela.

Adam tanya ok tak makanan sini(belum amek mknn lagi) sebab makanan macam tinggal siket je. Yela kami sampai kat
de' Lanai Lakeview Cafe tu dekat kul 8.15(lebih kurang) orang pun dah abis makan. Dalam hati cakap alaa tak kisah la sebab dah lewat lagipun Dayah bukan jenis makan banyak pun. Soo pe lagi pi cari tempat duduk n Dayah suruh Adam amik dulu makanan.
Makanan kat
de' Lanai Lakeview Cafe ni boleh tahan la(Dayah tak reti komen makanan yg Dayah makan kat luar). Borak-borak ngan Adam. baru perasan yg kat sebelah ktorang tu tasik...huuu kelass gitu. Dalam kul 9.15mlm kami pun balik.(abis cerita). Sebelum lupa, maceh Adam sbb belanje sy.. :)

Sedikit info
de' Lanai Lakeview Cafe:-

Location?
de' Lanai Lakeview Cafe
Lanai Neighbourhood Commercial Centre
Unit 4F, Ground Floor
No2 Persiaran Seri Perdana
Precint 10 Putrajaya


Contact no?
016-2585111 / 0196343111

Harga?
Dewasa - RM21.90
Kanak-kanak - RM10.00
murah kan??
klu early bird - RM16.90(kne beli voucher before Jumaat ni aka esok)

p/s saya dengan Adam hanya kawan ye? tolong jangan buat gossip murahan yea? Adam is my best friend EVER!!!

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...