friends

Follow by Email

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

September 14, 2011

Resipi Choc Chip Cookies

Resipi ini diolah dari Resipi Famous Amours Cookies.
Credit to Lianaa juga sebab tetamu sangat suka biskut ni..dayah buat 2 kali sbb yang 1st batch dah abis sebelum jamuan raya kat rumah dayah last week. Yang 2nd batch tu tak sampai 2 hari dah abis dah. ngee~

* 250g butter
* 280g tepung gandum (dayah guna tepung kek)
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor (boleh jugak kalau nak kurangkan)
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat (dayah tak letak pun sbb dlm tepung kek dah sedia ada serbuk  penaik)
* 2 sudu besar susu tepung (dayah guna choc malt aka milo sbb kat umah takde susu tepung yang ada susu Anlene je)
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip ( dayah campur skali coklat masakan sbb ibu beli manyak... (",)
* Secubit garam

Cara-cara

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. 
Kemudian kacau hingga rata.

4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hidayahalim's Channel

Loading...