Sitegiant E-Commerce

friends

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

March 25, 2013

Malam Cinta Rasul (Dataran Merdeka) 23 Mac 2013


MALAM CINTA RASUL KEMBARA DAKWAH
Habib Syech As Seggaf , Habib Ali Zeinal Abidin Abu Bakar Al Hamid.
DATARAN MERDEKA
23 MAC 2013
8.30 - 11.30 malam

Daripada kita duk berkumpul cerita buruk parti politik sana..parti politik sini..baik join majlis macam ni..dapat jugak pahala berselawat.
dayah nak share rakaman Malam Cinta Rasul yang telah diadakan pada 23 Mac 2013 yang lepas bertempat di Dataran Merdeka.
Dayah tak dapat pi sebab dayah ada rakaman aktiviti student kat DECTAR  UKM. dayah dapat tengok pun sket je tu pun lepas tukar turn jaga kamera. tengok pun kat Studio UKM je. tu yang cari jugak tu.
ok2 jom kita tengok sama-sama. :)


March 20, 2013

ROCK OO (2013)

Teringat kat si dia yang asyik cakap nak tengok cite Rock OO ni..dayah pun cari la link dia..tapi kann...dah cari rupa-rupanya dia dah beli cd masa dia balik kampung dia semalam..tapi takpe la..dayah share dengan korang sume eh?



Filem Rock Oo yang merupakan kesinambungan filem Rock (2005), memaparkan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah kerana Zul Kapan (Sofi Jikan), selaku penyanyi utama telah berhijrah ke kumpulan lain manakala yang lain membawa haluan sendiri.

Amy Mat Piah (Que Haidar) yang memegang kepada prinsip ‘pantang anak petani moden mengaku kalah’ berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan yang pernah menjadi kegilaan ramai, Rimba Bara dan dia berjaya memujuk Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black).

Pelbagai rintangan yang harus dihadapi mereka apabila mereka mengambil langkah besar untuk ke kotaraya Kuala Lumpur demi memartabatkan kembali kumpulan Rimba Bara.


ni link dia KLIK

March 14, 2013

Sampaikan Rindu OST Bunga Merah Punya


Oh bulan sampaikan rinduku
oh bintang kirimkan cintaku
yang hilang pastikan bersatu
oh sayang didalam mimpimu

Oh bulan sampaikan rinduku
oh bintang kirimkan cintaku
yang hilang mungkinkah bersatu
oh sayang dimana diri mu

malam ini aku sendiri
menanti dan terus menanti

malam ini aku sendiri lagi 
menanti dan terus menanti

usah ditangis lagi
usah dirindu lagi
pasti kita bertemu nanti

usah ditangis lagi

usah dirindu lagi
pasti kita bertemu pasti





p/s : jatuh hati dengan lirik lagu ni sangat2..


December 15, 2012

Aktiviti Hari Sabtu

wahh hari ni tak tau nak buat apa..so apa lagi..meroti la kita..hehe
tapi hari ni buat pau pedas je..
rasa dia? mesti la mantop! gebu gitu..
macam biasa la..nak fully utilize kan penggunaan breadmaker..
pau saya buat..sambal ibu yg buat..


acane? sedap tak? so apa lagii jom buat! senang je...
ikut resipi ni Resipi Pau Pedas Si Chantek Manis (hehe chantek ke?)
air tangan sendiri lagi sedap sebenarnya.. ;)

December 2, 2012

Zaiton Ceritaku

hari ahad ni..tak tau nak buat apa..so..jom layan movie Zaiton Ceritaku..semalam dayah dah tengok movie Istanbul Aku Datang huhu sedey cite tu...berbalik kpd movie Zaiton Ceritaku.. dayah nak sangat tengok movie ni.. nak sangat tau cerita pasal Zaiton Sameon.. bila dah ada link utk tonton online..apa lagi cepat2 la dayah tengok... korang nak tengok jugak? nanti dayah bagi link ye?


Sinopsis Zaiton Ceritaku

Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya. Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan. Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon. Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya. Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian.

Pengarah : Esma Daniel
Syarikat Penerbit : Bruang Filem Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 01 Nov 2012
Durasi : 90 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Hjh. Ainon Ariff (Cerita Asal)
Esma Daniel (Lakon layar)
Lakonan:
Nadia AqilahZaiton Sameon (Pelakon Utama)
Shahronizam NoorRahim (Pelakon Utama)
Karl Shafek IbrahimShamsul (Pelakon Pembantu)
Norlia GhaniEmak Zaiton (Pelakon Pembantu)
FazlinaKakak Zaiton (Pelakon Pembantu)
Arash MohdAbang Ipar Zaiton (Pelakon Pembantu)
Riezman KhuzaimiBaharom (Pelakon Pembantu)
Siti Rokhaida: Anita (Pelakon Pembantu)
Megat TerawisAyah Zaiton (Pelakon Pembantu)
Eva EmmanynaIndah (Pelakon Pembantu)
Wan MaimunahEmak Rahim (Pelakon Pembantu)
Maya MatahariSaodah (Pelakon Pembantu)
Eddie HamidEddie Hamid (Pelakon Pembantu)
Manan SulaimanPelabur 1 (Pelakon Pembantu)
Ben KanobiePenjual durian (Pelakon Pembantu)

Tonton Online Klik
Download Klik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...