Sitegiant E-Commerce

friends

Tinggalkan Link Kamu Yea?

My Top 3

September 2, 2013

10 Makanan yang dikatakan tidak sihat sebenarnya SIHAT? by Kevin Zahri


Bagaimanakah anda menilai sesuatu hidangan itu dikatakan makanan yang sihat dan berkualiti atau kurang sihat? Masih ramai lagi yang sukar untuk mengenalpasti dan menentukan samada adakah makanan yang anda nikmati sihat atau tidak. Ianya adalah subjektif untuk dikatakan kerana nutrisi sesuatu hidangan itu tidak bergantung kepada satu bahan semata-mata dan cara hidangan tersebut.

Banyak soalan yang saya terima menanyakan samada hidangan tersebut sihat berkualiti atau tidak? Ianya haruslah berdasarkan kumpulan nutrisi yang anda ambil samada mengikut pemakanan seimbang atau tidak. Artikel kali ini akan membincangkan berkenaan 10 makanan yang dikatakan tidak sihat dan kurang enak sebenarnya sihat dan yang paling penting dapat menyumbangkan keperluan nutrisi didalam badan anda.

1. Keju
Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar.. akan tetapi, terdapat juga kelebihan yang terdapat disebaliknya. Pastikan kita membicarakan tentang keju yang berkualiti tinggi dan bukannya yang terdapat di dalam pizza dan sebagainya.

Pengambilan produk tenusu dalam pemakanan harian anda dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Selain daripada itu, kajian juga mendapati ia dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi dalam protein dan merupakan sumber kalsium yang terbaik.

2. Kopi
Minuman yang membuatkan hampir ramai yang ketagih dengan sifat semulajadi bahan kopi ini memberikan kesan negatif kepada sesetengah individu seperti menyebabkan kebimbangan, kegelisahan, keresahan, insomnia, sakit kepala, berdebar-debar jantung dan sebagainya.

Harus ditekankan disini, kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis. Amalkan meminum kopi kosong yang sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tidak kita ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Selain daripada itu, ia boleh membantu anda membakar lemak dengan merangsang sistem saraf pusat anda, dan meningkatkan metabolisme anda. Akhir sekali, ia juga dapat meningkatkan jangka hayat anda.

Kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis.

3. Durian
Pasti ramai yang kurang gemar dengan bau yang kurang menyenangkan dari Raja Buah ini. Akan tetapi, ada juga yang gilakan rasa lemak yang dirasai ketika makan buah ini.

Buah yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori? Benar akan tetapi pengambilan yang tidak melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita terlepas dari mendapatkan kebaikan dari Raja Buah ini. Durian adalah tinggi dengan nilai seratnya. Ia juga mengandungi vitamin C, Vitamin B6, dan folat. Ia juga tinggi dengan potassium dimana ia dapat membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.

4. Tiram
Bau yang kurang enak serta rasa yang kurang menyenangkan dari hasil laut ini membuatkan sesetengah orang kurang gemar untuk menikmatinya. Akan tetapi, hasil laut ini juga tidak kurang hebatnya dari segi kelebihan dan sumbangan vitaminnya. Tiram tinggi dengan sumber zinc dimana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks.

Selain daripada itu, ia tinggi dengan sumber protein tanpa lemak serta tinggi dengan Omega-3, magnesium dan vitamin-E dimana dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang didapati menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang panjang.

5. Daging Merah
Sesetengah orang ada yang kurang gemar makanan ini. Ada yang mengatakan ianya makanan yang menggemukkan dan berkolesterol tinggi.

Sebenarnya, samada ianya memudaratkan atau tidak adalah bergantung kepada jumlah makanan yang diambil. Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di Jepun mendapati bahawa lemak yang lebih tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain daripada itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.

6. Ghee
Penggunaan ghee dalam masakan amat popular lagi-lagi dikalangan masyarakat kaum India. Sesetangah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Akan tetapi, untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut, elakkanlah menggunakan ghee ini secara berlebihan.

Dari segi Ayurveda, minyak ghee ini dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan ingatan seseorang. Ia juga penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Kandungan yang terdapat didalam minyak ghee ini mengandungi asid linoleik conjugated (PTK). Ia adalah asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan.

7. Hati Lembu
Organ dalaman sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, bagi penggemar hati lembu, terdapat juga kelebihan yang dapat diperolehi dari hidangan yang diberikan. Walaubagaimanapun, hadkan pengambilan anda agar tidak berlebihan.

Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12, dan vitamin A. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit yang berbahaya Ia adalah sumber protein yang baik. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan, dan mengoptimumkan sistem imun anda.

8. Kentang
Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh individu yang sedang mengurangkan berat badan. Benar, kentang tinggi dengan kandungan karbohidratnya. Akan tetapi, lagi sekali, jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda harus mengambil sumber tersebut dari kentang.

Jika anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks glisemik (GI).Kentang telah dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Akan tetapi, kajian yg telah dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. GI kentang adalah lebih rendah apabila mereka dimakan sedikit sejuk daripada panas, dan apabila direbus dan dimakan keseluruhan dan bukannya dilenyekkan.
Kentang dapat menggantikan keinginan anda untuk gula-gula dan roti apabila pada diet rendah karbohidrat. Selain daripada itu, kentang juga amat sesuai untuk individu yang menghadapi plateu ketika mengurangkan berat badan dimana ia dapat mengembalikan tahap leptin anda. Ia dipanggil teknik refeeding dan dapat mengembalikan semula proses pengurangan berat badan.

9. Sos tomato
Sememangnya pasti ramai yang mengetahui bahawa sos adalah bahan proses yang tinggi dengan kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti tinggi jika ingin menikmatinya agar dapat mengelakkan dari penambilan sos tomato yang kurang berkualiti dan sebagainya.

Bahan utama penyediaan sos adalah dari sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Ia merupakan pemanis yang murah dan senang didapati yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan obesiti. Oleh itu, untuk mendapatkan dan mengelakkan dari pengambilan HFCS yang tinggi, sos tomato Heinz adalah sos yang kurang menggunakan HFCS.

Selain daripada itu, terdapat juga kelebihan memakan sos ini dimana ia mengandungi kandungan lycopene. Lycopene merupakan antioksidan yang kira-kira 100 kali lebih berkuasa daripada vitamin E. Ia adalah berguna untuk merawat penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.

10. Daun Gandum
Selain bau yang kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Akan tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna seperti ia mengandungi klorofil. Klorofil dapat mengurangkan kadar kanser kolon, dan ia boleh menjadi terapeutik untuk ulser kolitis.



August 29, 2013

Tips Tingkatkan Metabolisma Tubuh Badan Anda

Sumber: Meraban

Metabolisma dalam badan adalah bergantung kepada individu tersebut. Ada yang mengalami metabolisma tinggi dan ada yang sebaliknya. Apabila kita menjengah umur 20-an ke atas atau pun mula menjengah 40-an ke atas kadar metabolisma kita akan mula menurun dan kita akan nampak kesannya dengan kenaikan berat badan yang mendadak berbanding dahulu. Kalau dahulu banyak mana sekalipun makanan yang anda makan masih lagi dapat mengekalkan bentuk dan berat yang ideal, kini tidak lagi.
Bayangkan anda telah berdiet dengan mengurangkan pemakanan tetapi apabila anda termakan lebih sedikit sahaja berat anda cepat meningkat dan tidak menunjukkan penurunan. Adakah ini merisaukan? Bukan sahaja membuatkan anda risau, malah anda akan hilang motivasi untuk terus berdiet.

Kadar metabolisma ini bergantung kepada beberapa faktor. Lelaki lebih mudah untuk membakar kalori berbanding perempuan berdasarkan saiz otot mereka yang lebih besar. Yang muda lebih mudah untuk membakar kalori berbanding yang sudah berumur. Walaupun anda tidak boleh kawal dari segi umur, genetik dan juga jantina, terdapat cara yang boleh tingkatkan metabolisma anda.

1. Bina otot
Tubuh badan kita sentiasa membakar kalori, walaupun pada waktu kita rehat. Kadar metabolisma ketika rehat ini menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu mempunyai otot yang lebih besar. Setiap 0.5kg berat otot menggunakan tenaga lebih kurang 6 kalori setiap hari hanya untuk mengekalkan saiz otot tersebut sahaja berbanding 1 pound atau 0.5 kg lemak hanya membakar 2 kalori sahaja sehari. Perbezaan yang kecil ini akan semakin ketara dengan masa. Apabila anda melakukan aktiviti angkat berat, otot anda akan bekerja keras dan akan menambar kadar metabolisma ketika anda rehat.

2. Tingkatkan jenis senaman anda
Senaman aerobik mungkin tidak membantu anda membina otot yang lebih besar, tetapi ia dapat tingkatkan kadar metabolisme anda beberapa jam selepas anda melakukan senaman. Kuncinya, cuba sehabis baik. Senaman yang ‘high intensity’ memberikan anda pembakaran lemak dengan lebih besar dan lebih lama daripada jogging biasa. Caranya, sekiranya anda berjoging, tingkatkan kelajuan anda dalam masa yang singkat dan diselangi dengan kelajuan biasa. Atau sekiranya anda pergi ke gym, lakukan senaman yang lebih berat daripada biasa dengan waktu rehat dikurangkan.

3. Banyakkan minum air.
Badan perlukan air untuk proses kalori. Sekiranya anda mengalami dehidrasi, kadar metabolisma anda akan jadi perlahan. Di dalam kajian yang telah dijalankan, seseorang yang minum 8 gelas air suam membakar kalori lebih tinggi daripada seseorang yang minum hanya 4 gelas air suam sahaja sehari.

4. Minum minuman yang berais.
Badan akan cuba memproses untuk meningkatkan suhu air tersebut sekiranya anda minum air suam yang berais. Untuk meningkatkan suhu air tersebut memerlukan tenaga, dan dari situ tubuh badan anda akan cuba membakar lebih kalori berbanding biasa. Kajian mencadangkan 5 hingga 6 gelas air suam berais mampu membakar 10 kalori tambahan setiap hari. Anda juga boleh mendapat manfaat dengan meminum kopi mahupun teh hijau dengan meletakkan ais. Asalkan kopi dan teh hijau tersebut tidak mempunyai gula.

5. Makan dengan lebih kerap.
Makan banyak sudah pasti menambahkan berat. Tetapi makan dengan lebih kerap membantu anda meningkatkan kadar metabolisma. Apabila anda hanya makan 3 kali sehari sudah pasti anda mengambil satu porsi yang besar berbanding dengan makan lebih daripada 3 kali sehari. Metabolisma badan anda akan turut juga menurun. Apabila anda mengambil makanan dengan lebih kerap anda dapat mengekalkan metabolisma badan anda daripada jatuh. Sebaiknya makan setiap 2 jam setengah dengan kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap.

6. Pedaskan makanan anda.
Makanan yang pedas mempunyai bahan kimia yang mampu ‘kick’ metabolisma kepada gear yang lebih tinggi. Kesannya mungkin sekejap tetapi apabila anda berterusan makan makanan yang agak pedas, kesannya akan bertambah.

7. Tinggikan protein dalam makanan.
Badan memerlukan lebih banyak kalori untuk menghadap makanan yang bersumberkan protein berbanding makanan yang bersumberkan lemak dan juga karbohidrat. Protein memerlukan 25% lebih tenaga berbanding lemak untuk dihadamkan. Walaupun anda inginkan makanan yang seimbang, dengan menggantikan sedikit sumber karbohidrat anda dengan makanan yang kaya dengan sumber protein mampu merangsang kadar metabolisma anda.

8. Minum kopi hitam.
Sekiranya anda memang menjadikan kopi sebagai rutin harian, anda mungkin merasakan tenaga dan daya tumpuan semakin bertambah terutama ketika waktu pagi. Sekiranya anda minum secara sederhana, ia mampu membantu meningkatkan kadar metabolisma anda.

9. Minuman teh hijau
Terlalu banyak kajian yang menunjukkan faedah-faedah teh hijau. Anda tidak boleh menafikan kebaikannya untuk kesihatan badan. Di dalam kajian sains, apabila anda minum 2 hingga 4 cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan ada sebanyak 17% lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat.

Sebaiknya minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk ‘boost’kan lagi kesannya.


       

   Kerja sambilan di rumah
 
 
Kerja sambilan di rumah.


 
 
Data Entry, Admin Support, Virtual Assistant, Typist, Translator, Customer Support, Web Research, Proof Reader, Writers, Copywriters dan lain².


 
 
Berminat, sila layari:

==> https://www.jobdirumah.com/hidayahalim87


 

 

10. Elakkan diet yang melampau.
Diet yang melampau biasanya melibatkan diet yang hanya mengambil kurang daripada 1000 kalori. Walaupun diet ini membolehkan anda menurunkan berat badan dalam masa yang singkat tetapi ia akan menyebabkan metabolisma anda menjadi perlahan. Diet ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada berat otot juga berkurangan. Ia tidak hanya bertindak pada lemak tetapi juga pada otot. Semakin ringan berat otot anda semakin rendah metabolisma anda.

Akibatnya, badan anda akan mula mengadaptasi dan membakar kalori dengan lebih rendah dan mudah menyebabkan berat anda bertambah dengan mendadak lebih tinggi daripada sebelum anda berdiet.

Impak daripada makanan dan minuman yang telah dijelaskan tadi hanyalah sebahagian kecil sahaja berbanding apa yang anda perlukan untuk mengekalkan penurunan berat badan anda.

Sumber: Meraban

June 20, 2013

Mengapa Poket Bocor?

Sufi merasakan dirinya dalam kategori penjimat. Apa yang dibelinya dirancang dengan rapi. Jarang sekali Sufi membeli yang tidak tidak. Kalau ada pun sudah tentu untuk ibu-ayah dan adik-adiknya yang bertiga di kampung itu.



Apapun Sufi hairan, begitupun beliau sering rasa tidak cukup, dan yang paling mengharukan mengapa simpanannya masih di takuk sama.
Bayangkan tuan-puan itu yang terjadi kepada Sufi. Bagaimana pula dengan Kamal, Amir, Azlan dan Masyitah rakan-rakan sepejabatnya yang jelas agak pemboros.
Yang jelas, mereka ada situasi yang sama, sering rasa tidak cukup malah tahap simpanan peribadi ’ke laut!’
Jawapannya masih sama untuk kedua-dua situasi berkenaan, wang mereka bocor!
Jika mahu disenaraikan semua ’mengapa bocor’, maka boleh lengkap penulisan sebuah buku. Maka di ruangan saya kali ini, dikongsikan empat sebab ‘mengapa bocor’!

#1 – Tidak BersyukurInilah asbab utama rasa ketidakcukupan itu berlaku! Walaupun bukan perkara baru diketahui hari ini, ia memang jarang diamalkan dan diabaikan. Antaranya berapa ramai yang sujud syukur pada hari gaji?Elok juga kita pasakkan di minda kita dan disemat di sanubari firman Allah swt ini :”Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku lagi kepadamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”. Surah Ibrahim 14:7.Dapatlah kita ambil peduli di sini, mengapa kewangan kita sering bocor ialah kerana ia tidak bertambah. Mengapa tidak bertambah? Sebab ia tidak disyukuri.Menjadi persoalan juga, bagaimana cara bersyukur? Betul, tidak cukup dengan bersujud syukur sahaja. Seperti kisah Adha dalam rencana sebelum ini, wang pendapatan ialah amanah! Setiap satunya nanti akan dipersoal semula ke mana dan bila dibelanjakannya.Selain dari bersedekah, berbelanja kepada ilmu dan sebagainya, satu cara paling berkesan untuk bersyukur ialah dengan tidak membazir. Maka berkira-kiralah dengan jari tuan-puan sekarang, apakah ada pembaziran berlaku selama ini? Jika ada, berkatalah di dalam hati ”Patutlah bocor!”.#2 – Bekas yang KecilDi dapur tuan-puan pasti ada sebarang bekas bukan? Ambil sebuah bekas tersebut, tuan-puan tuangkanlah air perlahan-lahan sehingga penuh melimpah. Maka basahlah sekitar bekas itu bukan?



Itulah perumpaan untuk asbab kedua bocornya wang. Bekas ialah minda. Air adalah wang. Air yang melimpah itu adalah wang yang bocor. Minda yang sempit ibarat bekas yang kecil. Ia tidak boleh menampung wang yang banyak kerana ia sempit.
Bagi tuan-puan yang pernah menghadiri seminar ataupun workshop saya, pasti tuan-puan ingat bagaimana saya menekankan 10% dari perbelanjaan bulanan tuan-puan ialah untuk perbelanjaan ilmu dan meningkatkan diri.
Ia ibarat membesarkan bekas. InsyaAllah selepas ini bila dituangkan air ianya elok bertakung kerana dek besarnya bekas.
Ada 1001 teknik kewangan, teknik menyimpan, teknik melabur dan pelbagai lagi teknik berkaitan kewangan yang boleh dipelajari dan dicuba-suai. Bacalah dan hadirlah ke mana-mana pun kelas dan seminar, insyaAllah ‘bekas’ tuan-puan akan semakin besar.
Jika tuan-puan mengakui yang ‘bekas’ kepunyaan tuan-puan adalah kecil, maka berkatalah di dalam hati ”Patutlah bocor!”.
#3 - Nawaitu yang Kabur

Inilah penyakit utama masyarakat. Semakin tinggi teknologi, semakin tinggi pula angan-angan. Tidak bermakna salah berangan-angan, tetapi jika asyik berangan, jadilah buah berangan.



Mana tidaknya, nampak kelibat BMW angannya ke BMW, nampak pula Audi angannya ke Audi pula. Itu belum lagi berangan nak berkahwin ala-ala Prince William.
Nawaitu ataupun niat menyebabkan tenaga dan penumpuan dipusatkan. Elemen pengurusan kewangan bermula dengan menuliskan angan-angan kepada matlamat.
Contohnya tertulis di atas kertas, ’Saya Sufi Bt Ikrima, ingin mempunyai simpanan peribadi sebanyak RM5,000 pada Disember 2011 ini.” Maka jelaslah nawaitu, tenaga mula tertumpu ke situ.
Jika tidak ia akan mula tertumpu ke Jusco ataupun Sogo pada bulan-bulan tertentu.
Jika tuan-puan tersedar yang nawaitu tuan-puan adalah kabur, maka berkatalah dalam hati ”Patutlah bocor!”.
#4 – Selesa

Guru saya ada mengingatkan “comfort kills” ataupun ”keselesaan membunuh”.  Selesa membunuh tenaga, membunuh idea, membunuh peluang, membunuh simpanan dan membunuh masa depan. Perkataan paling popular yang selalu disebutkannya ialah “Tidak mengapa”.



Ini bagi membuktikan kebenaran mengapa ada juga tuan-puan yang banyak sudah membaca dan menghadiri seminar berkaitan kewangan masih lagi bocor wangnya.
Apabila ditawar peluang pelaburan amanah, “Tidak mengapa”. Bila dia tawar peluang hartanah, “Tidak mengapa”. Ditambah lagi dengan, “Cukuplah apa yang ada, asal hutang aku berbayar, dan tidak meminta-minta”.
Jika tuan-puan seperti ada rasa terkena penyakit ini, maka berkatalah dalam hati tuan puan “Patutlah bocor!”.
Maka itulah empat sebab bagi menjelaskan ‘mengapa bocor?’. Di sini saya mencadangkan beberapa amalan bagi menguatkan antibodi kewangan kita bagi mengelak kebocoran. Iaitu dengan :
Berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis.
Membaca blog-blog berkaitan kewangan setiap hari bekerja, terutama Majalah Niaga.
Menulis dan memaparkan matlamat kewangan di tempat terbuka.
Menyertai pertubuhan sosial seperti menjadi AJK Surau, pertubuhan amal, kelab fotografi dan sebagainya.
Mengapa? Fikir-fikirkan dan selamat beramal! Sehingga berjumpa lagi di rencana akan datang.
Terang bulan tenanglah hati,
Angin pula mendamai rasa;
Yang celik pula ’bocor’nya diri,
Inikan pula gelap jahilnya.

sumber: Majalahniaga




June 12, 2013

5 Perkara Wajib Buat Supaya Anda Menjadi Lebih Kaya Pada 2014


Tetapi bukan semua tahu caranya.
Saya sarankan anda membuat 5 perkara berikut.
Pada hujung 2012  2014 nanti akaun bank anda pasti lebih banyak duit.

5 Aktiviti Pasti Buat Banyak Duit

#1 – Simpan
Tiada tip lain?
Tunggu. Menyimpan adalah perkara paling asas. Kalau anda tidak dapat menyimpan, anda pasti tidak dapat menjadi pelabur yang baik.
Simpan sekurang-kurang RM100 sebulan.
Kepada yang sudah menyimpan, tahniah. Anda perlu menambah jumlah simpanan dari tahun ke tahun. Kalau tahun lepas sudah menyimpan RM100 sebulan, tahun ini kena tambah lagi. Bagaimana?
50% bonus yang anda terima dan 50% kenaikan gaji tahunan terus anda simpan. Bakinya anda belanja.

#2 – Tulis dan ‘shopping’
Kita sebagai manusia membeli mengikut emosi.
Justeru apabila kita membeli belah tanpa menulis terlebih dahulu barang yang mahu kita beli, kita akan membelanjakan lebih daripada apa yang sepatutnya.
Paling kurang kita pasti membelanjakan lebih dari 25% daripada bajet asal.
Barangkali perbelanjaan asal dapur misalnya RM800 sebulan, dan disebabkan kita tidak menulis sebelum ‘shopping‘ akhirnya kita membelanjakan sehingga RM1,000 sebulan.
RM200 bertambah sebulan menjadikan RM2,400 kos tahunan meningkat.

#3 – Bersedekah
Tangan yang memberi lebih baik (490,000 kali ganda) dari tangan yang menerima.
Jangan kedekut untuk bersedekah. Duit yang kita sedekahkan sudah pasti menjadi milik kita. Duit gaji yang anda terima tapi tidak disedekahkan barangkali jadi milik ASTRO, TNB atau pun makcik karipap.
Duit yang kita sedekahkan bukan sahaja tidak hilang tetapi bakal berganda-ganda dengan begitu unik sekali.

#4 – Gunakan Tunai, Bukan Kad Kredit
Sekiranya anda bukan seorang yang berdisplin dalam urusan kad kredit, amalkan perbelanjaan tunai sahaja.
Jika terlupa keluarkan duit, ATM habis duit dan duit tidak cukup maka tidak perlu keluar berjalan-jalan. Rancang sahaja perjalanan anda pada hari lain.
Jika anda masih belum ada kad kredit dan tiada tujuan khas (seperti pembelian online untuk bisnes), tidak perlu cuba-cuba menggunakan kad kredit.
Kad kredit adalah berhantu. Lebih menakutkan dari cerita-cerita hantu Malaysia, Korea dan Jepun.

#5 – Hadir Seminar Dua Kali Setahun, Beli Buku Sebulan Sekali
Sekiranya anda berminat dalam bidang masakan menonton Masterchef di televisyen tidak mencukupi. Anda perlu juga belajar asas-asas memasak secara ‘live‘. Paling kurang belajar dengan emak.
Saya masih hadir ke kelas-kelas berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburanwalaupun saya sudah mempunyai sijil profesional dalam bidang ini.
Setiap bulan juga saya pasti membeli buku-buku berkaitan walaupun saya telah menulis satu buku sendiri. Lagi banyak saya belajar dan membaca rupanya lagi banyak yang saya tidak tahu.

sumber: Majalahniaga


June 7, 2013

Senam Untuk Sihat

Assalamualaikum & Salam Jumaat semua..
Lately rasa badan makin berat..nak pi senamrobik pun tak sempat..
bising dah kak Linda sebab lama dah tak pi senamrobik..
asyik bz je dia cakap..

Semalam Cip ada buat rakaman ni..so ari ni saya rasa tergerak hati nak post pasal senamrobik..
mana tau boleh buat kat rumah kan?hehe
Ok2..malas nak cakap banyak2 ni video dia ye?

Tarikh Rakaman:- 6 Jun 2013
Tempat Rakaman:- Stadium UKM
Program:- Slim Shape




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...