
My Top 3
-
Lirik Sampaikan Merah Punya - Izzue Islam & Sharifah Sakinah Rindu OST Bunga Oh bulan sampaikan rinduku oh bintang kirimkan cint...
-
Lately rasa tersentuh plak bila ramai kawan-kawan yang dah dapat teman (istimewa) bertunang, ada yang dah berkahwin (then lagi tersentuh bi...
-
Puas la cari resipi biskut raya ber tema kan SUSU ni salah satu yg dayah dapat... Biskut Susu Strawberry Chip 250 gm susu pekat man...
June 19, 2009
Kek Coklat lagiii

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
+Pukul telur hingga kembang
+Masukkan gula dan pukul lagi
+Kemudian masukkan minyak masak
+Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
+Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
June 6, 2009
April 12, 2009
dia...
membuat ku senyum..
membuat ku hilang tumpuan..
dia..
kesayangan ku..
ku takut akan kehilangannya..
dia..
harap ku yang terakhir..
tak mahu yang lain..
dia..
penyejuk hati..
penyabar jiwa..
dia juga penyelamat hari..
dia..
amat istimewa..
penyabar..
tak mahu ku 'kehilangan'nya lagi..
oh Tuhan Selamatkan lah Hubungan kami..
biarlah kami tetap bersama ke akhirnya..
dengan keredhaan Mu.. misshadhay
membuat ku senyum..
membuat ku hilang tumpuan..
dia..
kesayangan ku..
ku takut akan kehilangannya..
dia..
harap ku yang terakhir..
tak mahu yang lain..
dia..
penyejuk hati..
penyabar jiwa..
dia juga penyelamat hari..
dia..
amat istimewa..
penyabar..
tak mahu ku 'kehilangan'nya lagi..
oh Tuhan Selamatkan lah Hubungan kami..
biarlah kami tetap bersama ke akhirnya..
dengan keredhaan Mu.. misshadhay
April 11, 2009
Kek aiskrim strawberry

Bahan-bahan ( sekeluarga )
BAHAN KEK SPAN*
375 gm Tepung Span Mix
75 gm Air atau Susu Segar
375 gm Telur
1 sudu teh Perasa Vanila
90 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)
BAHAN AIS-KRIM*
3 Biji Telur Kuning
150 gm Susu Segar
30 gm Gula Kastor
150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)
300 gm Fresh Cream
Cara-cara CARA BUAT KEK SPAN*
Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
Tuang dalam loyang kek 9" yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.
CARA BUAT AIS-KRIM*
Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.
CARA NAK BENTUKKAN KEK*
Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3lapis
Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream... sedap tau hehe...


Subscribe to:
Posts (Atom)