Formula Sedekah
Assalamualaikum...
Alhamdulillah,tidak lama
lagi kita akan bertemu semula dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia yang di
dalamnya terdapat begitu banyak kelebihan dan manfaat.
Kepada pembaca blog ini,
saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa, selamat
beramal dan selamat mengumpul banyak pahala untuk bekalan kita di akhirat
kelak. Insyaallah.
Baiklah untuk bulan Ramadhan
yang akan tiba ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang ilmu yang saya
pelajari dari guru saya tentang bersedekah.
Saya fikir, semua orang pun
sudah tahu, sedekah itu adalah satu amalan yang akan boleh menambahkan rezeki.
Lebih banyak kita bersedekah, lebih banyak rezeki yang akan kita perolehi.
Allah telah berjanji di
dalam surah Al-Hadiid, ayat 17 yang bermaksud:
Sesungguhnya
orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah,
serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik
(ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan
mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
Tetapi, saya pernah membaca
cerita mengenai aduan dari seorang yang sudah banyak bersedekah, sudah
macam-macam derma beliau keluarkan...tetapi rezekinya tetap macam tu
juga..semacam masih tidak mencukupi.
Pada masa itu, penulis hanya
diam dan tidak mampu untuk memberikan apa-apa nasihat ataupun jawapan balas,
kerana beliau tidak mengetahui tentang keadaan sebenar pengadu. Jadi apa yang
penulis dapat katakan kepada pengadu pada waktu itu adalah, ‘’bersabarlah..insyaallah ada rezeki untuk
tuan nanti’’..
Selepas itu, persoalan
tersebut terus bermain di fikiran saya..bagaimana orang yang sudah banyak
bersedekah tetapi rezekinya masih lagi tidak berganda-ganda?
Sedangkan Allah sudah
berjanji di dalam Al-Quran.. sesiapa yang
memberikan pinjaman kepada Allah (sedekah), maka Allah akan balas dengan
berganda-ganda banyaknya.
Akhirnya, saya bertanya
kepada guru saya dan beliau memberikan jawapan..
Rupa-rupanya di dalam
bersedekah, ianya ada ‘’formula’’. Bukan main hentam keromo sahaja.
Kata guru saya.. ‘’Mereka yang sudah bersedekah, tetapi
merasakan rezekinya masih tidak bertambah-tambah dan masih tidak
mencukupi..hakikat sebenarnya mereka itu masih belum mencukupi.’’
Ramai orang yang bersedekah
dengan sedikit, hanya sekitar 2.5% sahaja (berdasarkan
kiraan nilaian zakat) dari apa yang diperolehi. Bersedrkah sebanyak 2.5%
itu cukup sekiranya, ianya disertakan dengan amalan lain seperti solat dhuha,
zikir, solat tahajjud, solat hajat, solat taubat dan sebagainya.
Tetapi, banyak orang tidak
melakukan amalan-amalan itu..malah kebanyakannya, hanya bersedekah RM1 atau RM5
sahaja di tabung masjid, seminggu sekali ketika solat jumaat..kemudian
mengharapkan balasan berpuluh-puluh ribu dari Allah.
Jadi, tidak hairanlah jika,
walaupun mereka merasakan mereka sudah banyak bersedekah, tetapi rezekinya
masih tidak bertambah-tambah dan tidak mencukupi.
Sebenarnya ada formula yang
perlu diketahui apabila kita mahu bersedekah.
Didalam formula sedekah,
Setiap 1 sedekah, akan dibalas dengan 10 ganda balasan. Insyaallah.
Sekarang, mari kita cuba
buat kira-kira menggunakan formula tersebut.
Katakan, gaji Aizat (bukan nama sebenar) ialah RM3,000.00
sebulan, tetapi disebabkan perbelanjaan kos sara hidup yang semakin tinggi pada
hari ini, maka Aizat sentiasa berharap mendapat pendapatan sebanyak RM5,000.00
sebulan.
Aizat percaya bahawa sedekah
boleh menambahkan rezeki. Maka pada setiap hari Jumaat, beliau akan bersedekah
sebanyak RM10 ke dalam tabung masjid.
Sekarang mari kita buat
kira-kira..
Derma RM10 seminggu, maka,
sebulan, Aizat menderma RM40.
Janji Allah.. 1 dibalas 10..
Oleh itu Aizat akan mendapat
balasan =RM40x10=RM400..
Maka jumlah keseluruhan
pendapatan Aizat ialah RM3,000(gaji) – RM40(sedekah) + RM400(balasan Allah)
=RM3360.
Hanya RM3360 sebulan..sudah
tentulah, Aizat merasakan pendapatanyya masih tidak mencukupi walaupun beliau
sudah bersedekah.
Sekarang, andaikan, Aizat
menaikkan jumlah sedekahnya kepada RM100 seminggu. Berapakah pendapatan yang
bakal beliau perolehi?
RM3000(gaji) –
RM400(sedekah) + RM4000(balasan Allah) = RM6600
Nah! Sekarang barulah
cukup.. malah melebihi dari targetnya untuk mendapatkan pendapatan RM5000
sebulan.
Ajaib bukan?
Adakah anda percaya? Atau
tidak percaya? Saya tinggalkan persoalan itu kepada anda untuk tanyakan ke
dalam diri anda..
Persoalan yang lebih
besar..adakah anda yakin dengan janji Allah? Dan adakah anda berani untuk
melakukannya?
Selepas ini, cubalah
tingkatkan jumlah sedekah anda..seelok-eloknya, lebih 10% dari pendapatan
bulanan anda.
Ayuh kawan-kawan..sekarang
anda tahu formula di dalam sedekah dan yakinlah janji Allah dan amalkanlah
Insyaallah, anda akan dapat alami sendiri keajaibannya.. wallahu ‘alam
Olahan dari : Shuth
Wassalam
Hidayahalim
05
June 2014
No comments:
Post a Comment